December 31, 2010

Special For Ayah

Wahai ayah,

Walaupun ayah tidak dapat membaca post ini, adik nak bagitahu juga. Memandangkan hari Isnin ini, bersamaan dengan 3 Januari 2011 , adalah ulang tahun kelahiran ayah yang ke-56. Adik ingin ucapkan HAPPY BIRTHDAY, AYAH.

Kini telah hampir 1 tahun setelah ayah tinggalkan kami di bawah rahmatNya, sejak 13 Januari 2010 yang lalu. Adik mendoakan kesejahteraan ayah. Semoga ayah aman sentiasa sebelum kita dapat berjumpa dan bersatu semula di syurgaNya hendaknya.

Sungguh, adik masih terngiang-ngiang lagi akan kemeriahan di dalam rumah pada 3 tahun lepas. Bagi adik, itu adalah masa yang paling berharga apabila satu keluarga berkumpul dan menyambut Hari Bapa dan Hari Kelahiran adik memandangkan tarih kelahiran adik jatuh hampir dengan tarikh sambutan Hari Bapa. Sungguh, rindu. Bukan apa, telah menjadi adat dalam keluarga untuk tidak menyambut sebarang ulang tahun kelahiran, Hari Bapa, Hari Ibu dan sebagainya.


Happy Father's Day & Sweet Azizi 13


Semoga roh ayah sentiasa di rahmati oleh Allah S.W.T. Amin. 
I love you, ayah. Maaf atas salah dan silap adik selama ini. Till we meet in Jannah.

Azizi untuk 2011


Macam biasalah, masuk tahun baru, mestilah kena ada azam. Baru ada semangat. For me, just simple. Tak perlu banyak-banyak. At least sambut 2012 with happy ending of 2011. Masuk 2013 happy ending of 2012 coz dapat straight A, insya Allah. 

1. Sentiasa related with Yang Maha Kuasa.
2. Study hard but smart.
3. Jaga relation sesama manusia.
4. Tanya cikgu kalau tak paham.
5. Luangkan free time dengan buat Add Math.
6. Hindari lagha.
7. Jaga kesihatan diri.
8. Sentiasa mendoakan kejayaan orang yang lain dan untuk ayah kat sana.
9. Bersaing dengan positif.
10. Redha, tawakal. Jangan jadi macam tahun ni dah.

2010 for Beseri

         for       



Kelipop kelipop mata...dah abis 2010. Masuk tahun 2011, tahun terakhir as a school student, tahun terakhir untuk bertempur dan tahun terakhir yang mesti punya lah paling mencabar dalam Sejarah Hidup Azizi Md Said. Terasa bahang SPM. Terasa bahana semangat nak study brsungguh-sungguh. At least dapat beat kakak bolehla..tapi Add Math dia A1 = A +...boley ke aku ni? Insya Allah. 8A 2B untuk dia....9 A untuk aku..Insya Allah. Kakak aku sambut keputusan dia kat Beseri....aku???? Sambut je lah kat mana-mana. Feel likes sharing experiences with my sister ja. RCA....Biro Akademik..huh. OK2. Stop di situ. Back to 2010. Rasa macam Nomadian la plak. Dari PERDA..pastu ke SAKBA..n then terus ke Beseri sampai abis tahun. Tahun 2011? Kat mana plak? Anyway, tahun 2010 banyak spend dekat Beseri. Bulan 3 datang...masih tak berubah lagi Beseri ni sejak tahun 2002 aku tinggalkan. Pejabat baru,Blok C, Blok B tu berubah la. Tak dak lagi dulu..Nama dewan pun ubah jugak...dari Dewan Seri Beseri ke Dewan Tuanku Syed Putra. Apa lagi ubah....ooowww. Blok A...la ni khas untuk pelawat tapi dulu kakak duduk kat situ. And then..mmmm...aaaa.....blok-blok menyeramkan kat belakang yang ditinggalkan tu. Ada lagi dulu.Pondok kat tepi blok Form 3 tuu..syoknya dulu dapat berkelah dengan ayah, mak dengan kakak. Well. 

Cikgu-cikgu yang still standing.....Cikgu Harun, Cikgu Raihan, Cikgu Nordin, Cikgu Natrah, Cikgu Sallim,Cikgu Rahim, Cikgu Rozizan, Cikgu Sabariah, banyak lagi tapi tak ingat. Cikgu Harun, Cikgu Rozizan, Cikgu Natrah...kakak kirim salam. 

DC 1-19. Sem 1 : Azri. Shafik. Sem 2 : Azri. Shafik. Shauqi. Best friends ever. 

pelepak-pelepak handal: Syafiq, Aliff Imran, Imran, Nasif, Muaz, Muaz Syukri, Helmi, Hilmi, Izzan, Megat Faiz, Anas, Anaqi. 

Partner kat surau : Hilmi, Shauqi, Imran, Aliff Imran, Syafiq Zaki, Affiq Abdul Rahman, Anas.

Partner Prep : Megat Faiz, Aliff Imran.

Friends kat FB : Zuehaira, Shauqi, Dini, Munn, Dila, Azri, Imran, Ku Nur Mahirah, Shafik.

All of you adalah sunshines saya. Especially Imran. Hehe. Miss you weh. Thanxz for the clock. Although dah rosak dah. Ingat lagi notice yang ditinggalkan bawah bantal sebelum hang pindah. Sayu hati aku. Dah tu buat suspen plak. Suruh aku call hang. Macam kucing nak beranak aku ni. Ke hulu ke hilir. Dah call tak angkat plak. Huh. Betul nih. Fren yang paling mesra dengan aku hang la Imran. Second Shauqi. Third Aliff Imran. Fourth Syafiq Zaki. Fifth  Hilmi. 
   
Kat Beseri memang banyak sangat memori. Hmmm...orang kata Form 4 untuk honeymoon, Form 5 baru struggle....sapa kata? Gila ka apa. Kalau Form 4 tak b'juang abis-abisan...abis la Form 5.Dah semua topics related with each other. Bukak tahun baru, azam baru, semangat baru. Beseri tempat yang paling banyak menyimpan khazanah indah. Especially kat kelas and kiub. I'm proud of you, My Lord. You have shown me how to be a person by sending me these persons. I'm proud to be in 1432 H than 2010. That's how Muslim's should do. 

BESERI...such a perfect name for a perfect boarding school. Without Beseri, I can't see my sister holding a scroll at UTP and chemical engineer's carrier. Without Beseri too, I can't find myself. Beseri...generating human kind to the excellent future. 
  

Best Memory Created Ever At PERDA 2

 Assalamualaikum.

Rindunya kat PERDA. How are u PERDA? Sihat ke? 
Senyuman cikgu-cikgu menambat hati, terpaut di jiwa. Bulan 1 dan bulan 2 sebelum blah ke SAKBA pada 27 Februari 2010. Huh. 

Bermain-main lagi lagu Teacher Ruthra kat kepala. 'Concert Kelas' depan pentas...waaa. First time kena nyanyi depan public untuk English Week. Dan first time kena keluarkan suaraku yang lunak merdu ni. 

Thanxz a lot Teacher Ruthra. U have bring me to be more confident,brave untuk tampil ke depan and be myself. Kat sini nak abadikan lirik lagu yang Teacher Ruthra ajar...untuk budak-budak 4 USM PERDA, kalau salah kat lirik ni tolong gtau ye. :)

The Hands of Time


In the hands of time, 
Were hands that I could hold, 
I keep them warm,
And in my hands,
They'll not turn cold.

And all the happy days,
Will never learn to fly,
Until the hands of time,
Will choose to say.....

The mountain at the top
Of the spring (of the spring)
The comforts in the sound of a lullaby,
The innocence of peace in the spring,
But most of all the moment when love first touch me...

And all the happy days,
Will never learn to fly,
Until the hands of time,
Would choose to say...
Goood byeeee

Lagu ni actuali boleh jugak buat poem..hehe. Tak gitu Nur Atikah Zuehaira?? Btulkan? Sweet memories just created in a short time for about 2 months and the half in 2010..but not in 2007, 2008 and 2009 which is about 3 years...Teacher Ruthra brings anything to make us more perfect. Like the kind of leadership teaching. WE PROUD OF YOU MADAM RUTHRA. WE LOVE YOU. 

Best Memories Created Ever @ PERDA

 Assalamualaikum.

Ni pulak masa tahun 2009..semua ni di amik bila Cikgu Lazim suruh amik maklumat kat Fort Cornwallis untuk diisi dalam kerja kursus. Heboh gila time tu. Semua pi tempat tu secara berasingan tanpa dirancang..kecuali kumpulan kami...jumpak2 kat sana ja..OMAIGOD OMAIGOD!!!! Satu kelas pegi kot. Cuba bilang...hoho. Tak cukup sorang. TAUFIQ ZULHELMY!!!!! MANA KAU????!!!!OK2. Well. Bajet buat ala ala Explorace la kononnya. Team laki lumba dengan team pompuan untuk dapatkan maklumat. Haha. Gila weh. Ingat aku apa? Mana aku larat nak lari....Dah la kena masuk dalam stor belerang. Dup dap dup dap jantung mengepam. Dah la gelap. Bau belerang plak tu. Huh. Naik pening aku. Mana la tau tetiba ja Francis Light meh cekik aku. Mati aku. Aku ni muda lagi. Tak sempat nak amik PMR lagi. Kena plak lagi masuk The Chapel..dah gelap...ruang besar tapi pintu kecik.  Penjara-penjara yang diisi dengan detail-detail tu pun dah la menyeramkan. Gelap disulami dengan kesejukan air-cond plak.Aduh aduh aduh. Dup dap dup dap sekali lagi. Aku sengsorang je kena amik maklumat. Salin la maklumat bersendirian. Orang lain amik gambar sikit-sikit n then terus blah. WHAT???? Kuang cinnamon + paprika + bunga lawang + kulit kayu manis. Nasib baik la Sallim yang baik lagi ensem lagi alim tu meh teman aku. Join sekaki salin dengan aku. Ampa semua tak. Weekkkkk. Konfem lah semua dok pi ngorat kakak cantik kat depan gate yang pakai gaun tu..huh. Jatuh saham lelaki 3 USM/2009. Dah sampai pukul 12...time makan...JOM SERBU PADANG KOTA LAMA....* jalan kaki je..mana taknya..dah ke Fort Cornwallis ni pun jalan kaki dari feri* tapi..duit aku tinggal RM 12.00 je. Waaa...ampa semua sedap-sedap je makan nasik ye. Aku makan laksa penang ja.. Aku nak nasik gak. Tapi nasib baik la Sallim join sekaki makan laksa penang dengan Azim. Hehe. At least tak lah memalukan macam yang lain tu.. haha. Kena mintak discount sebab nak makan duit tak cukup. Pak cik tu pun nasib abik la bermurah hati. Lepas tu...pegi  Muzium pulak. Besa la,...amik maklumat. Amik maklumat. Amik maklumat. Budak2 lain??? Amik gambar....BLAH. Huh. Kuang jintan manis + buah pelaga. Macam biasa la...ada jugak yang join sekaki...SALLIM. And apa yang istimewanya kat sini is kami kena ditemuramah oleh skuad EDUWEB TV. Holy cow. Sallim...wahwahwah. Orang first yang dipilih. Aku?? Macam biasalah...LARI. Azim Zaidi?? Cakap Bi..Sallim cakap Bm...about patung apa ntah yang cutie mutie dari Japan yang dipamerkan kat situ. Huh. Pecah peluh jugak la nak bagi idea dekat depa semua nak masok depan kamera. Apa kes. Kena bagi ayat BI plak tu..mementang la aku terer BI time menengah rendah dulu..tapi la ni tak dah. Azizi la ni prefer vkat BM plak ye..TAUFIQ ZULHELMY...aku nak challenge bahasa dengan hang plak ye. And then....apa lagi. Patah balik ke terminal feri. Amik bas. Ke Taman Belia. Buat apa? Apa lagi...mandi kolam la..tak yah bayar pun. Tapi sebelum tu kena konfem dengan ayah dengan mak dulu. Dah dapat confirmation baru la bley pegi. Hehe. Cantik plak kolam dia. Macam dekat hotel lagi. Tapi ruginya tak bawak baju salin. Waaaa...Yang lain mandi..aku tak. Tapi sekali lagi..Sallim always be with me ..n Haziq tu. Hehe. OOww..also Azim Yaziz. Sembahyang semua dah...soo....BALEK. Ari nak ujan nih. Dah la taman ni kat kawasan bukit. Jalan cepat-cepat. Amik bas. Sampai terminal. Balik rumah. Beli buku G3 satu. Baca atas feri sat. Belek-belek pamplet yang dah amik. And join depa semua tepi feri amik gambar. Amik bas Rapid Penang U 702. Ting tong. Sampai Permatang Pauh. Turun. Bye-bye budak-budak yang lain. Turun sekali dengan Azim Yaziz dengan Faiz. Berpecah balik rumah. N then Assalamualaikum...mak. Masuk n tidur kat ruang tamu.  PENAT.

PICTRURES OF US :

dalam bas rapid pun nak amik..huh.



pak cik....tengok kamera..senyum...tunjuk gigi sikit.. :)


Diiktiraf nih. 


Apa-apa pun...PERDA the Bebest. Penang strategik. Gabong skali....fuhhhh. Tak dapat dibayangkan. Bayangkan ja la macam dapat 10 A + or 9 A + 0r 11 A + utk SPM...

December 29, 2010

Bitter Sweet


Hah. Gambar ini sudah lama diambil. Semasa tahun 2008 dulu. 
Ya. Masa itu masih tingkatan dua. 

Masa ini aku berada di Dewan Perdana SMKBBP. Ya lah. Masa tu jadik budak pandai sat. Haha. Alhamdulillah, dapat jugak number 3 dalam kelas, budak lelaki 1st dalam tingkatan dan terbaik Bahasa Inggeris. 

Tapi memalukan jugak la, tengok la gambar tu, ada ka patut aku duduk satu row; aku sorang je lelaki..yang lain semua perempuan..kawan aku kat belakang. Huh. 

Sampai ati hang Taufiq Zulhelmy, tinggalkan aku sengsorang merana kat row ni. Dah la time ni selsema..macam mana ni..gelabah betul. Kiri kanan perempuan. Gila arh. Apa kes semua ni. Tak tau nak buat apa. Cuak gila. 

Masa rehearsal.... duduk diam je la...belek kuku-kuku. Time majlis esok hari, nasib baik bawak novel sekali. Segan gila nak sembang dengan depa semua. Huh. Hampeh. At last, bukan aku yang menegur, tapi aku yang ditegur. Huh. Blushing gila. Nak makan  bihun yang sekolah bagi pun tak sanggup, ye lah..takut comot pulak. Hmmm..jaga personaliti yang baik sikit. Dah la naik pentas kena bow. WTH. 

Lepas amik hadiah je, terus turun dengan gelabah...cari kerusi tak jumpak. Banyak sangat orang. Kerusi pun semua satu kaler je. Jumpak kerusi..duduk..belek sijil dengan hadiah sat..ok. Betullah tu yang aku dapat. Pastu bawaak msuk dalam beg.Tengok orang lain pulak amik hadiah. Boring!!!!!! Nasib baik Mahirah ajak ke kelas. Dia cakap Teacher Mohana beli nasik lemak. APA???!!!!! 

Kenapa tak cakap awal-awal?? Kalau tak dah lama aku melantak. Aku dengan Mahirah pi kelas..aku terus melantak nasik lemak teacher 1 bungkus. Huh. Tak cukup tu. Tapi family dah nak balik la pulak, so amik lagi satu nasik lemak senyap-senyap n then bye2 semua yang dalam kelas and lari buat tak bersalah and ligan mak yang dah nak balik tu. Kat bawah pula nampak jual air Nestle...huh. Beli lagi. Pastu ayah bawak pi makan nasik kandar plak. Huh. Makan lagi. Woooww....kenyammm sungguh la. 

Tapi aku malu lagi, aku terpaksa release the "fluid" dalam idung masa dalam row...arghhhh. Malu3!!!!  Gila arh..mesti punyalah depa semua tak lalu makan bihun yang sekolah bagi tu. Patutla bila depa semua dah amik hadiah, semua pakat tak dak kat kerusi. And then nampak pulak keluar masuk tandas secara berjemaah. Wargghhhh..malu3!!! Sori weyhh. Mahirah sorang ja kat row tu.  Huh. Taufiq Zulhelmy pulak gelakkan aku dari jauh. Kejam btul. Aku tau la aku masa tu tak sihat. Selsema memanjang. 

* post di atas sangat memalukan bagi seorang lelaki handsome cam aku nie *

December 08, 2010

Outing Jusco PERDA

 Assalamualaikum.

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga keluar ke AEON Seberang Perai City dengan dua orang anak saudara aku. Ditambah pula lagi kawan baik yang suka menyibuk, BHAHAHA. By the way, Taufiq Zulhelmy, Nabilah Fatin, and Shamila Sauhami, terima kasih sebab sudi meluangkan masa bersama. Apa-apapun, filem Harry Potter and Deathly Hallows Part 1 itu memang terbaik.

   Aku kekok masa nak amik gambar. Tak pandai nak pose itu ini.

Selepas movie time, makan pula di KFC dengan hangpa semua, malu-malu kucing aku ini. Tak biasa la makan semeja dengan kawan-kawan perempuan. Nasib baik anak saudara aku tolong coverkan.

And anyway, cuba-cuba lah soalan MRSM itu. Especially Additional Mathematics. Semestinya akan garu kepala sampai luruh rambut. And thanks too sebab sanggup luangkan masa bersama kat DINOTREK ni, boleh la tahan permainan dan replika dia. Tetapi agak membosankan sedikit.

By the way, sejak bila Nur Nasyitah keja kat Pizza Hut ? Wow, pelajar bijak Additional Mathematics itu belajar sambil keja ke? Siap bawa beg galas lagi. Mesti punyalah dalam tu ada buku Additional Mathematics. Ahaha. 

Thanks for everything. 

December 07, 2010

Aku dan Tahun Baru


1. Pasang azam baru.
2. Cover balik tajuk-tajuk yang membunuh dalam SPM : Fizik, Additional Mathematics, Biology dan Chemistry.
3. Elakkan dari mencari masalah dengan orang lain.
4. Kawal emosi dgn sebaik mungkin.
5. Uruskan masa dengan bijak.
6. Kurang kemahuan untuk bersosial.
7. Sentiasa bawa buku ke mana-mana sahaja. 
8. Tanya cikgu.
9. Buat kumpulan perbincangan dengan rakan-rakan.
10. Fikir secara proaktif.