December 29, 2010

Bitter Sweet


Hah. Gambar ini sudah lama diambil. Semasa tahun 2008 dulu. 
Ya. Masa itu masih tingkatan dua. 

Masa ini aku berada di Dewan Perdana SMKBBP. Ya lah. Masa tu jadik budak pandai sat. Haha. Alhamdulillah, dapat jugak number 3 dalam kelas, budak lelaki 1st dalam tingkatan dan terbaik Bahasa Inggeris. 

Tapi memalukan jugak la, tengok la gambar tu, ada ka patut aku duduk satu row; aku sorang je lelaki..yang lain semua perempuan..kawan aku kat belakang. Huh. 

Sampai ati hang Taufiq Zulhelmy, tinggalkan aku sengsorang merana kat row ni. Dah la time ni selsema..macam mana ni..gelabah betul. Kiri kanan perempuan. Gila arh. Apa kes semua ni. Tak tau nak buat apa. Cuak gila. 

Masa rehearsal.... duduk diam je la...belek kuku-kuku. Time majlis esok hari, nasib baik bawak novel sekali. Segan gila nak sembang dengan depa semua. Huh. Hampeh. At last, bukan aku yang menegur, tapi aku yang ditegur. Huh. Blushing gila. Nak makan  bihun yang sekolah bagi pun tak sanggup, ye lah..takut comot pulak. Hmmm..jaga personaliti yang baik sikit. Dah la naik pentas kena bow. WTH. 

Lepas amik hadiah je, terus turun dengan gelabah...cari kerusi tak jumpak. Banyak sangat orang. Kerusi pun semua satu kaler je. Jumpak kerusi..duduk..belek sijil dengan hadiah sat..ok. Betullah tu yang aku dapat. Pastu bawaak msuk dalam beg.Tengok orang lain pulak amik hadiah. Boring!!!!!! Nasib baik Mahirah ajak ke kelas. Dia cakap Teacher Mohana beli nasik lemak. APA???!!!!! 

Kenapa tak cakap awal-awal?? Kalau tak dah lama aku melantak. Aku dengan Mahirah pi kelas..aku terus melantak nasik lemak teacher 1 bungkus. Huh. Tak cukup tu. Tapi family dah nak balik la pulak, so amik lagi satu nasik lemak senyap-senyap n then bye2 semua yang dalam kelas and lari buat tak bersalah and ligan mak yang dah nak balik tu. Kat bawah pula nampak jual air Nestle...huh. Beli lagi. Pastu ayah bawak pi makan nasik kandar plak. Huh. Makan lagi. Woooww....kenyammm sungguh la. 

Tapi aku malu lagi, aku terpaksa release the "fluid" dalam idung masa dalam row...arghhhh. Malu3!!!!  Gila arh..mesti punyalah depa semua tak lalu makan bihun yang sekolah bagi tu. Patutla bila depa semua dah amik hadiah, semua pakat tak dak kat kerusi. And then nampak pulak keluar masuk tandas secara berjemaah. Wargghhhh..malu3!!! Sori weyhh. Mahirah sorang ja kat row tu.  Huh. Taufiq Zulhelmy pulak gelakkan aku dari jauh. Kejam btul. Aku tau la aku masa tu tak sihat. Selsema memanjang. 

* post di atas sangat memalukan bagi seorang lelaki handsome cam aku nie *

1 comments: