December 31, 2010

Special For Ayah

Wahai ayah,

Walaupun ayah tidak dapat membaca post ini, adik nak bagitahu juga. Memandangkan hari Isnin ini, bersamaan dengan 3 Januari 2011 , adalah ulang tahun kelahiran ayah yang ke-56. Adik ingin ucapkan HAPPY BIRTHDAY, AYAH.

Kini telah hampir 1 tahun setelah ayah tinggalkan kami di bawah rahmatNya, sejak 13 Januari 2010 yang lalu. Adik mendoakan kesejahteraan ayah. Semoga ayah aman sentiasa sebelum kita dapat berjumpa dan bersatu semula di syurgaNya hendaknya.

Sungguh, adik masih terngiang-ngiang lagi akan kemeriahan di dalam rumah pada 3 tahun lepas. Bagi adik, itu adalah masa yang paling berharga apabila satu keluarga berkumpul dan menyambut Hari Bapa dan Hari Kelahiran adik memandangkan tarih kelahiran adik jatuh hampir dengan tarikh sambutan Hari Bapa. Sungguh, rindu. Bukan apa, telah menjadi adat dalam keluarga untuk tidak menyambut sebarang ulang tahun kelahiran, Hari Bapa, Hari Ibu dan sebagainya.


Happy Father's Day & Sweet Azizi 13


Semoga roh ayah sentiasa di rahmati oleh Allah S.W.T. Amin. 
I love you, ayah. Maaf atas salah dan silap adik selama ini. Till we meet in Jannah.

0 comments: