January 28, 2011

5 Arif Domo Dumbo Jumbo


5 Arif. Tak tahu kenapa. Demam Domo agaknya. Siap dengan gelaran lagi untuk ahli-ahli kelas. Semua sama saja dengan perangai Domo.

Pening dengan gelaran tu. Aku dapat gelaran Jimbo ataupun Jimmy Neutron.
 

Dalam banyak-banyak nama gelaran, gelaran untuk Faezah adalah yang paling kelakar, iaitu Gumbo. Sekali terbaca dah macam itik gembo-gembo. Gelaran ini Nadia yang bagi. Boleh pula dia merancang nama-nama itu semasa dalam kelas Fizik. Sekejap-sekejap Jumbo, Dumbo, Gumbo, Dubo. Yang ini Faezah terlepas cakap.
Ceritanya generasi USM/Arif 2007-2011 tak seperti dulu lagi. Memang tahun akhir ini happening gila. Main itu main juga, belajar pun belajar juga. Diharapkan semua keluar dengan keputusan yang cemerlang. Amin Ya Rabbal Alamin. 


0 comments: