January 18, 2011

I'm Telling the World!


Alhamdulillah. Dengan izin-Nya, akhirnya dapat juga aku merasa untuk pegang jawatan sebagai pengawas sekolah. Tinggalkan Resource Centre Association (RCA) dan galas jawatan pengawas. Hebat hebat hebat. 

Tambah hebat lagi, guru penyelaras pengawas sekolah, dikenali sebagai Ustazah Zalipah, tawarkan aku untuk memegang jawatan Ketua Pengawas Sekolah. Pengsan. Jangan jangan jangan. Baru sahaja aku jejak kaki ke SMK Bandar Baru PERDA kena pegang jawatan Ketua Pengawas Sekolah? Tak boleh tak boleh. 
Kemudian ditawarkan untuk memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Tingkatan 5. Okay yang ini boleh.

Kepada sahabatku, Taufiq Zulhelmy, jalankan tanggungjawab anda dengan penuh dedikasi. Aku tahu hang boleh. Dan JANGAN LETAK NAMA AKU JADIK MASTER OF CEREMONY

Apa-apapun, Insya Allah aku akan jalankan tugas sebagai penguatkuasa disiplin dengan jujur dan amanah. Setakat ni tiada sebarang masalah lagi. Semua pelajar sekolah nampaknya takut dengan Azizi Said ini.

Baiklah. Sekian. 

0 comments: