January 26, 2011

Hari TAK Belajar

Assalamualaikum.

 


Pagi tadi semasa di kelas kena buat Kuiz Additional Mathematics Chapter Progressions. Susah gila baq hang. Walaupun dah belajar 2 kali. Macam soalan semasa di Beseri lagi.  Memang killer subject betul Additional Mathematics ini. Tekanan bertambah bila tengok bekas pelajar MRSM Langkawi, Syahid Abdul Rahim, dapat jawab soalan-soalan itu. Pada mulanya teringin untuk bersaing dengan dia, memandangkan dia dapat menjawab dengan tenang dan aman, faham tak tekanan itu macam mana.

Siap kena perli lagi. Takpe. Aku kan steady. Tetapi hendak dijadikan cerita, kertas soalan kuiz dia melayang dan jatuh atas lantai, dan tanpa disedari aku terpijak kertas dia *lol* Ini kiranya dah macam membalas dendam. Ada 3 helai muka surat, ketiga-tiga muka surat aku pijak.
 
Dengan tak malunya, sambil-sambil buat muka bodoh lapan tak bersalah, letak kertas itu di atas mejanya semula memandangkan dia tiada di situ.  Tak berapa lama kemudian, dia balik kat mejanya semula dan masukkan terus kertas tersebut ke dalam beg. Dan aku sempat lagi, disebabkan tidak puas hati kerana masih tidak memahami cara penyelesaian untuk masalah Matematik itu, maka terpaksalah aku jumpa dia semasa kelas Physics dan cakap 
" Syahid, ajar aku soalan ni."
Dia senyum sinis kepada aku. KEJAM tahap tujuh. Akhirnya, dia keluarkan kertas yang telah disimpan dalam begnya sebentar tadi dan terkejut apabila terperasan kertas dia ada kesan dipijak. Setelah selesai ajar aku, dengan bantuan kawan di sebelah dia, mereka berusaha mencari siapakah pemilik tapak kasut itu seluruh kelas. Kantoi.

Apabila waktu persekolahan telahpun tamat, aku bercadang untuk tinggal sekejap di sekolah dan belajar bersama Taufiq. Namun begitu, Vivian, Faezah, Balqish dan Nadia datang mengganggu pula. Jadi, tutup buku dan membatalkan niat untuk menelaah pelajaran. Keluar sekolah untuk sementara dan beli Kentang Spring. Sedap. Aku beli yang RM 2.00 punya. Malu gila. Sudah la besar, panjang, ditambah pula kena mengusung di khalayak ramai. TIDAK! *acah-acah Lee Kwang Soo*

http://i00.i.aliimg.com/wsphoto/v1/441909706/110v-220-240v-15w-font-b-potato-b-font-cutter-Best-Offer-font-b-spring-b.jpg

Apa yang jadi selepas itu? SEMBANG SEMBANG SEMBANG. Tak study pun. Pastu kena pula gelaran baru untuk aku, JIMBO. Vivian bagi. Faezah sebagai Gumbo. Nadia sebagai Jumbo. *lol* Memandangkan hari pun kian menung dan Zuhur pun masih belum ditunaikan, jadi aku dan Taufiq beransur dulu. Ketawalah hangpa semua sampai lebam. 

0 comments: