January 27, 2011

Jiwa Yang Tenang by KrafHati


krafHATI

Kunci KEJAYAAN  adalah KESUNGGUHAN kita MEMPERBAIKI DIRI dan MEMBERI YANG TERBAIK dari apa yang kita miliki.

MEMBERI itu boleh MEMBAHAGIAKAN ORANG LAIN terutamanya apabila kita mampu.

MEMBERI SEBELUM DIPINTA, KEBAHAGIAN YANG PALING BESAR  adalah apabila kita mampu MENYEMBUNYIKAN KEBAIKAN kita.

BerSYUKURlah dan berTERIMA KASIHlah dengan tulus setiap kali mendapat KEBAIKAN

DOAKAN dan BERUSAHALAH untuk membalas kebaikan orang yang telah berbuat baik kepada kita dengan apa yang kita mampu. InsyaAllah, HIDUP AKAN LEBIH BERKAT.

MAAFKANLAH orang yang berbuat buruk kepada kita. InsyaAllah, hati akan menjadi lebih LAPANG

LUPAKAN KEBURUKANNYA, insyaAllah hidup akan terasa LEBIH NIKMAT dan BERNILAI

Hidup akan jauh lebih INDAH, AMAN DAN HARMONI jika kita saling menyayangi. 

Hati manusia berubah-ubah. Saat ini seseorang mungkin marah pada kita, esok lusa marahnya mungkin REDA, malah mungkin juga akan LEBIH SAYANG KEPADA KITA

Bila dimarahi, jangan terbawa-bawa dengan sakit hati kerana kita akan rugi sendiri. Lebih baik MAAFKAN dan JANGAN BERDENDAM

Melawan kemarahan dengan kemarahan akan menimbulkan masalah baru. 

Sebaliknya, KETENANGAN, KEJERNIHAN DAN MENGAWAL DIRI KETIKA MARAH insyaAllah akan membuahkan penyelesaian. 

Kita TIDAK AKAN MENJADI HINA JIKA DIHINA, sebab yakinlah, semua perbuatan akan kembali kepada pembuatnya.

Walaupun kita telah berusaha semaksimum mungkin, mustahil semua orang akan menyukai kita.

TERUS MELAKUKAN PERBUATAN BAIK SEMAKSIMUM MUNGKIN, kerana itulah yang akan kembali kepada kita, insyaAllah. 


0 comments: