January 16, 2011

Last Day With BESERIAN 10.1.11

10 JANUARI 2011

Last day di Beseri. Seronoknya aku pagi tu. Akulah PUTERA BESERI di pagi Isnin tu. Tapi tak tau la pulak...yang lain sedih ke tak?? Wallahualam. 

Apa yang pasti, aku rasa begitu gembira...walaupun malu-malu sikit pasal Majlis Perpisahan tu. Part tu rasa macam MORON. Dengan bersemangat tidak sabar meninggalkan Beseri, mandi...and pakai baju kemeja MRSM yang mungkin tak kan pakai dah lepas ni. Hehe. Tapi baju biru kita pakai meh. Jadik pengawas sekolah. 

Kat kelas ari tu....macam biasa..mengharungi saat-saat terakhir sebagai student MRSM. Masuk kelas Bio Cikgu Natrah macam biasa....and kelas Cikgu Rodzi. Buat Rumusan sat. About 10.30 a.m. dikejutkan dengan kehadiran Cikgu Rahim ke kelas 5 Glorious. " Assalamaualaikum cikgu. Boleh jumpa dengan Mohamad Azizi?" Satu kelas terkejut. Lawak gila. 

Time tu berdebar-debar sikit. Amik pen sebatang and then follow Cikgu Rahim ke pejabat. Masuk ja dalam pejabat, nampak kak lang dengan mak dalam Bilik Tetamu. At last, mai jugak kakak aku yang cantik ni. 

Duduk dalam bilik tu...Cikgu Rahim and Cikgu Nordin interviu jap...and then diluluskan perpindahan sekolah. Gumbiranya aku. HOORAY!!!! Pastu ke bilik guru jap jemput Cikgu Leman and Cikgu Harun...Cikgu Harun jumpak kakak kat pejabat...tapi cikgu Leman malu-malu la pulak. Hahaha. Cikgu Leman ingatkan "kenapa kakak kamu nak jumpak saya? Saya tak de rekod Mathematics nak tunjukkan dekat kakak kamu" Tapi Cikgu Leman tak perasan yang kakak student lama dia. Hehehe. At last kakak pegi jugak jumpak sendiri Cikgu Leman. Huh. Sakan betul aih Cikgu Leman bersembang. Penat berdiri nih. 

Pastu buat sat beberapa urusan perpindahan sekolah. Time tu ramai lah yang jumpak aku kat bawah...Farahin jumpak kakak and mak. Hazirah, Husna, Fasihah, Shauqi, Anas, Nadia...jumpak aku personally kat bawah. Shauqi pulak cakap tunggu dia jap kat blok sebelum balik. Dah abis semua kes....so..apa lagi...naik ke kelas....semua budak Glorious tengok kat aku. Ahahaha..aku glamour ari tu. Pegi ke meja...kemas-kemas barang. Time tu ada Ustaz Nazaruddin. Maryam suruh aku mintak kebenaran jap nak amik gambar kenang-kenangan. Ini dia. 


 suliani and atikah jadi GLORIOUS MEMBERS :)


pose sakan bhai


normal view dlm kelas GLORIOUS


yang ni memang keja kami..hehehe


H-12 and H-13 BEBEST


wohoho..kali ni aku tabik aku ensem gila-gila. jangan jeles Taufiq

Syafiq pulak time tu bagitau aku suruh aku periksa fail hitam aku bahagian Chemistry....ada sesuatu dia letak. Tapi syarat nak tengok benda tu lepas keluar dari gate MRSM Beseri. OK2 Syafiq. 

Dah abis sesi bergambar....so..apa lagi. Bersalam-salaman and berpeluk-pelukan dengan student lelaki dalam GLORIOUS termasuk ustaz. Nasib baik lah air mata tak menitis time tu. Keluar dari pintu hadapan 5 GLORIOUS dengan lambaian tangan ke arah rakan-rakan seperjuangan yang ditinggalkan sambil berkata" BYE". Farahin nangis weh. Hahaha. OK2. Biasa la tu. Lumrah alam. 

Masuk terus dalam kereta. Lambai tangan sekali lagi dalam kereta kat Farahin and Basyirah. And then bila sampai Blok C ja....naik tangga....menuju ke arah DC 1-14...Hilmi tetiba ja bukak pintu. Terkejut berok aku. OOO...patutla...dia sakit rupanya. Dia cakap dia akan balik ke rumah jugak lepas tu. Aku terus ke bilik...berulang-ulang kali patah balik....and last sekali amik hadiah.-hadiah yang frenz bagi....sekali lagi...Hilmi bukak pintu..aku bersalam-salaman and berpeluk-pelukan dengan dia..and then..apa??? satu lagi hadiah??? Koala Bear...ooowww...so sweet. Thanxz Hilmi. Susah-susah ja. Terharu bebenar aku. 

Becoz of something problemos, so ditinggalkan sahaja nota untuk DC 1-14 and DC 1-19. Kenangan paling indah kat 2 bilik nih. Sori ek Shauqi coz tak dapat jumpak hang untuk last moment. Thanxz for being best fren ever.  

Masuk dalam kereta..sekilas pandang ke arah Blok C tercinta and then rumah Cikgu Zamri, rumah Pengetua, rumah cikgu-cikgu lain...turun kereta. Salam dengan pak cik, our guard, ya ya ya..dia pak cik aku yang sebenar.....and then keluar dari gate MRSM. Tetiba ja feeling terus berubah. Serius ni. Bukan lawak. Sayu hati pulak. Kakak pulak suruh amik gambar dia bersama sign MRSM Beseri kat depan nun. 

Lepas tu masuk balik dalam kereta.....terkenang pulak apa yang Syafiq Zaki cakap. " Azizi, hang dengarla Lagu Hold My Hand sebab lagu tu melambangkan frenship. Lagu Insya Allah dan lagu For The Rest of My Life jugak." Until today, lagu tu selalu aku dengar tetiap ari tanpa jemu. Sedih rasanya. Baru aku faham maksud sebenar lagu tu. Memang betul-betul menyayatkan hati la. FRENDSHIP GILA-GILA. And tetiba ja terimbau time hari Ahad pagi, 9 Januari 2011, time PREP pagi...aku dengan Syafiq sempat lagi nyanyi lagu Hold My Hand together. 

And tetiba ja teringat kad yang Syafiq bagi tu. Bukak je kad tu...fuh...terkeluar Duit RM 50. OK2. Aku faham. Tapi hang ada duit ke tak lagi nih? Aku risau pulak nanti hang tak dak duit nak belanja kat maktab. Isi dalam kad tu...OMAIGOD. Sayu abis. Sumpah aku nak nanges. Tapi sebab kakak kat tepi..so lupakan saja hajat. Pandai-pandai cover. And aku dah abadikan Lagu HOLD MY HAND - MAHER ZAIN sebagai lambang frendship kita. 

Thanxz a lot Syafiq Zaki becoz sudi meluangkan masa dengan aku...tak kira dekat Blok, Kelas, DS, Surau, Outing. For me, hang la sahabat sejati aku.  

REMEMBER THIS, SETAHUN KAT BESERI TAK SAMA DENGAN 4 TAHUN DEKAT PERDA. BONDING OF FRENDSHIP MORE HARDER THAN USUAL KAT BESERI.  

All the best for your future, termasuk Shauqi, Aliff Imran, Anaqi, Shafik, Azri, Hilmi, Fadly Shah, Helmi, Ikmal, Megat Faiz, Dini, Dila, Zuehaira, Munn, Awa, HOMEROOM H-13 and H-12, and semua member BATCH 26 SHAUTUL FALAH.   

0 comments: