January 23, 2011

Saya Budak Tasawwur

Untitled

Sudah lama aku mengidam untuk ambil subjek ini. Akhirnya, tercapai juga hasratku. Semasa di Beseri dulu memang berniat untuk ambil tetapi macam ragu-ragu sikit. Kebanyakan pelajar tingkatan empat ambilan kedua tak ambil pun. Takkan aku seorang yang nak ambil? Yang ambil pun cuma Nadzirah seorang sahaja. Sudahlah masa itu tak berapa rapat lagi dengan kawan-kawan perempuan dari kelas sendiri. Kawan-kawan lelaki pun tak juga melainkan cubemate sendiri. 

Tengok ramai yang ambil Prinsip Perakaunan and ramai jugaklah yang keluar dari kelas GLORIOUS untuk Akaun dan Tasawur seperti Aliah Farhah, Nadzirah, Najihah, Hanim Khaleeda. Ada lagi ke? Entah. Lupa pulak. 

Tasawwur Islam. Bergurukan USTAZAH ZALIPAH. InshaAllah. A + untuk subjek ini. Kalau kakak sendiri boleh dapat A+ untuk Tasawwur Islam, kenapa aku tak boleh? Betul tak?

Kepada semua calon SPM 2011 yang ambil subjek Tasawwur Islam, diharapkan boleh skor A + untuk subjek ini. Good luck to all of you. Just three words, ISLAM ITU INDAH. Sedangkan kawan sekelasku yang dari berbangsa India, GANAPHATY, pun boleh dapat A+ untuk subjek PENDIDIKAN ISLAM. Terkejut aku bila nampak keputusan yang terpamer di atas meja dia. Inikan pula Tasawwur. 

Baiklah. All the best to all of you.

0 comments: