January 30, 2011

Hanguk


Oh no. Kaklang nak tinggal aku. Ala, janganlah pergi lagi. Nak ikut jugak. Sampai hati kaklang pergi bercuti tak ajak. Ingatkan nak pergi ke sana sebabkan kerja, tapi bukan. Tempahlah tiket penerbangan satu untuk adikmu ini. Teringin untuk menjejakkan kaki ke South Korea.
I ♥ Korea

Ditambah pula musim ini adalah musim bunga. Musim-musim bunga pun tetapi masih ada salji. Syoknya! Sudahlah seminggu bercuti di sana. Nak rasa jugak macam mana syoknya main salji dan ski atas bukit. Kaklang, tak kasihan ke pada adikmu ini? 

Penerbangan dengan menggunakan perkhidmatan Air Asia mengambil masa selama 6 jam. Mesti bengang punyalah telinga. Tekanan kan tinggi, mengikut teori Fizik. Yang kelakarnya, disebabkan South Korea itu sejuk, dan disebabkan tiada baju sejuk, boleh pula pinjam baju sejuk dari kawan dia. Takpelah. Asalkan ada baju sejuk. Pergilah bergembira dengan kawan-kawan di sana ya. Aku nak benda yang best-best kat sana. Jaga lah diri tu elok-elok. 

Dan sebelum itu, jangan lupa kirim salam kepada pelakon-pelakon terkenal di sana ye. Tambah-tambah yang berlakon dalam drama Boys Over Flowers dan rancangan Running Man. Tak tahulah sama ada mereka dapat jawab ke tak salam itu *lol*




Kyeopta <3

10 Signs that you haven’t seen enough Kdramas

Baiklah kaklang. Nanti bawak kami sekeluarga pula ya. Terima kasih ya. Nanti nak pegi ke Jepun boleh ya?  Terima kasih ya.

0 comments: