May 30, 2011

Darul Sunnah + - Pulau Legenda

27 Mei 2011 

Time pagi, haha. Syoknya nak pegi holiday. Syoknya syoknya syoknya. Ye la, dah lama membina badan dan menconteng paper exam, at last, dapat naik bas !!! * Syoklah tue ?? Tapi terpaksa skip Sambutan Hari Guru, hurm. Ni yang lemah ni. Baru nak bagi hadiah kat cikgu-cikgi, tapi .. tak pa lah, asalkan dia bahagia. Kat depan pondok pak cik guard, Ustazah Zalipah dengan Kak Nana Gadis Melayu 3, cikgu Norizan, cikgu Rafizah and her children and  geng-geng PKS dok berhimpun dengan girang dan senyum meleret kat setiap sudut. 


Tapi saya ... ARGHHHH !!! Beg baju terkoyak sikit. Hai. Dah la cuti 3 hari 2 malam. Abes la abes la. TAK PA TAK PA. Tenang GG tenang. Bas sampai. Yeayyy !!! Jom jom. Faidhi Fajar tolong chupp kan tempat saya  dan Taufiq. Apa lagi, berserah je lah. Hehe. Dapat jugak tempat belakang. Alhamdulillah, yang junior dibuli, depan lah ye. Haha. Naik bas. 

Posing dengan buku WO AI NI ALLAH. 

Rentas PERDA, Kepala Batas, S.P, and then turun makan kat Gurun, and then rentas lagi Alor Setar and at last, tempat lama saya, PERLIS !!!! I LOVE YOU !!! Mencari-cari SMK Agama Perempuan Kangar. Mana nie ? Maklumlah, jalan Kangar berbelit-belit sikit. Sejam jugak la mencari-cari sekolah tu, at last, jumpak jugak dengan tanda bangunan SMKAP. Alhamdulillah. Turun cover-cover sikit. Maklumlah. Sekolah orang. Hehe. Sampai-sampai terus mendaftarkan diri, ada taklimat sikit kat kantin, and then makan lunch, letak beg kat rumah PKS and terus pergi ke Masjid Syed Alwi kat sebelah tu. Bagak lawa masjid dia. Tapi tak dak tempat nak sembahyang la. Penuh. Ye lah. Sembahyang Jumaat la katakan. So, apa lagi, amik wudhuk cepat-cepat dan terus sembahyang di tempat yang boleh, although panas dan di luar masjid. Pastu, balik SMKAP, salin pakaian, pergi pulak ke Gua Kelam, lalu jalan nak ke Kedai Borong Din, and then dah sah la MRSM BESERI kat depan!!! Masha Allah. Rindu gila kat MRSM BESERI !!! Dapat tengok dari luar je lah. Takkan nak ajak driver bas dengan rombongan singgah MRSM ? Ustazah tetiba ja panggil nama aku kuat-kuat and then semua rombongan tengok aku. Bagak malu tapi excited terlebih. Huhu. Sedihnya tak dapat singgah. Pusing ke kiri pulak, nampak la masjid yang selalu dok pi sembahyang Jumaat tu. Huhu. Terus-terus saya meng'text' Iekara and Kak Syuhada. Restoran Tok Mek kat kanan, Timah Tasoh kat kiri, Wang Mu kat depan, and lastly sampai Gua Kelam 2. 

Kat depan Pintu Masuk 

Dengar penerangan sikit. 
Ustazah ngan Kak Nana 

Asalnya nak naik kereta api yang disediakan, tapi dah tak dibenarkan atas sebab-sebab tertentu. So, jalan je la kaki menyusuri Gua Kelam 2. Sungguh indah ciptaan Allah. Dapat tengok proses pembentukan gua, tempat perlombongan bijih timah dan sebagainya. Pastu pegi Padang Besar, haha, just jalan-jalan ja. Biasa je barang dia. Maklumlah, dah selalu menyinggah time kat Beseri dulu. Balek ke SMKAP guna jalan kat Chuping. Lawa lawa.

Presentation SMKAP

Malam tue pulak ada Malam Kebudayaan. Syoknya persembahan budak-budak SMKAP. Makan nasi, pulut pelam harumanis. Sedap-sedap. Balik rumah PKS baca surah Ar-Rahman, surah al-Waqi'ah dan surah Al-Mulk, Al-Quran diberi oleh SMKAP. Bacaan diketuai oleh Faidhi Fajar dan Azizi Said. 

28 Mei 2011

Pagi-pagi lagi bangun pegi solat Subuh, berkemas diri dan beg. Pukul 7.30 pagi, berkumpul di kantin, buat aktiviti sikit. Cayalah Taufiq !! Juara PERDA tu. 


Pastu buat EXPLORACE. Arghh !!! Cari gula-gula punya pasal, abes muka saya dicelup tepung. Ahak ahak. Terbatuk kejap. Aktiviti pagi tu tersangat syok. Cayalah SMKAP. GO GO SMKAP. And paling penting, denda 1 X siput =  sedut dan 1 X parkinson = parkinson. Haha. Tambah-tambah apabila grup PKS SMKAP yang buat. Haha. Lawak-lawak. 


Team 05
Kat Kota Kayang

Pastu dah abis semua, bergambar and bersalam-salaman bagi perempuan. Kemas barang and bye-bye SMKAP. :( Singgah pulak Muzium Kota Kayang. Sangat besar plus best. Untung saya pegi. Banyak ilmu yang dah belajar. Pastu tunggu feri, naik feri and berhibur sesama sendiri. Sampai Langkawi pulak !!! Pastu tetiba je terus pegi kedai jual gamat. Saya tak turun sebab mak pesan jangan beli apa-apa. So, tak beli lah. Pastu singgah Makam Mahsuri. Owh, baru saya faham cerita sebenar Mahsuri walaupun dah lama menyinggah Langkawi. Ye lah, ada ditayangkan lakonan drama TV Mahsuri yang diorang punya sendiri. And then tengok Kak Nana posing sakan kat depan pelukis yang melukis. Naik bas pulak, and then sampai Tanjung Malie Resort kat Pantai Chenang. Melepak dalam bilik sementara yang lain pegi main ombak pantai. Malam tu pulak buat sikit BBQ and Malam Kebudayaan. Kumpulan saya dapat number 2. Boleh la tue dengan lagu Green Day - 21 Guns. Kami sporting, sebab tue la dapat marks 15/20. Hehe. 

Nana ngan potret dia. 


Dil To Pagal Hai

29 Mei 2011

Pagi-pagi lagi kena ketuai solat Subuh. Pastu get ready untuk senamrobik and build-a-castle. Hohoho. Syoknya dapat main pasir +  air laut. Pastu baru la cari makan. Makan pulak kat tepi pantai. Syoknya. Indahnya hidup. Enjoy your life bak kata kak kat SMKAP. Balik bilik, mandi sikit, dan terus packing barang and pegi Underwater World. Syok gila. Paling syok dapat tengok sea lion ( Imah ) and penguin. Dah tu, amik barang, naik bas, melawat Marina Bay, Galeri Perdana and Pekan Kuah. Beli sikit-sikit coklat dan terus ke Jeti Kuah. Main game ngan Gana Pathy. Naik feri. BALIK.  

0 comments: