May 22, 2011

Pelaksanaan Perjanjian 20 Mei 2011

Baru-baru ni, satu perjanjian telah ditubuhkan dan dilaksanakan hasil rundingan daripada pemimpin-pemimpin negara untuk tahun 2021. Beberapa manifesto dan cadangan telah dilontarkan dan ditandatangani secara rasmi oleh pemimpin-pemimpin tersebut. Perjanjian 20 Mei 2011 secara rasminya dicadangkan oleh seorang pemimpin wanita yang dikenali sebagai Ir. Dr. Hajjah Nabilah Fatin binti Ghazali dengan kerjasama Dato' Dr. Haji Mohamad Azizi bin Haji Md Said, Datuk Seri Haji Azim bin Zaidi dan Yang Amat Berhormat Hajjah Siti Balqish binti Zulbahrain.  


Perjanjian bertulis ini secara rasminya juga ditulis oleh Ir. Dr. Hajjah Nabilah Fatin binti Ghazali dan dipersetujui oleh ketiga-tiga pemimpin yang terlibat. Antara manifesto yang telah dicadangkan antara keempat-empat pihak ialah : 
  • bangun awal untuk study, iaitu seawal 4 pagi setiap hari Isnin hingga Jumaat tanpa berhenti dengan syarat Dato' Dr. Haji Mohamad Azizi bin Haji Md Said haruslah kejutkan ketiga-tiga pemimpin lain dengan menghantar miss-call atau mesej. 
  • tidak dibenarkan sama sekali online kecuali hari Ahad sahaja, tetapi dibenarkan online sekiranya ingin belajar secara online di YouTube ataupun di mana-mana laman sesawang. 
  • tidak dibenarkan tidur atau belajar pada waktu petang, tetapi dikehendaki mengisi waktu-waktu petang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. 
  • pada cuti akhir semester satu, semua pemimpin dikehendaki menyiapkan segala tugasan yang telah diberikan dan menyelesaikan buku-buku latihan yang telah ada dalam masa 2 minggu itu juga. Pihak yang paling banyak menyiapkan buku latihan dikira sebagai pemimpin yang berkaliber dan berketerampilan. 
  • selepas tamat sesi pengajaran dan pembelajaran, setiap pemimpin dikehendaki untuk stay back di lobi SMK Bandar Baru PERDA. 
  • pemimpin hendaklah melaksanakan tuntutan-tuntutan agama sepertimana yang telah disyariatkan dalam Islam. 
  • pemimpin yang melanggar salah satu atau semua perjanjian di atas akan dikenakan hukuman yang setimpal, iaitu memberikan setiap pemimpin yang terlibat sebiji coklat yang berharga tidak kurang daripada RM 2.00. Sekiranya didapati pemimpin menipu dalam urusan hukuman, wallahualam, hanya Allah S.W.T. sahaja yang dapat membalasnya. 

GO SPM, GO GO ! 

0 comments: