June 29, 2011

27 Rejab : ISRAK DAN MIKRAJ.

Alhamdulillah. Akhirnya, dapat jugak kongsi posting Israk dan Mikraj ni setelah lama terpendam dalam buku nota yang saya catat note daripada seorang ustaz time bagi ceramah pasal Israk dan Mikraj kat MRSM Beseri dulu. Huh. Panjangnyerr. Best giler ustaz tu bagi ceramah. Jom jom. Saya nak share note. 

first of all, sesapa yang tidak percaya malah menafikan peristiwa ni, maka...dia tergolong dalam golongan kafir musyrikin. 

permulaan dan sebab berlaku peristiwa Israk dan Mikraj :   
  • berlaku 1 tahun sebelum Hijrah.
  • kemangkatan Abu Talib dan Siti Khadijah Bt. Khuwailid  
Israk ~ perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa.
Mikraj ~ perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha.

Peristiwa bemula di rumah Ummu Hanif dan seterusnya di Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa. Rasulullah SAW dibawa oleh malaikat Jibrail, Mikail dan seorang malaikat yang tidak disebut namanya ke telaga Zam-Zam untuk mencuci hati Rasulullah SAW. Sepanjang kehidupan Baginda SAW, baginda pernah dibelah dadanya sebanyak 4 kali. Setelah hatinya dicuci, baginda dibawa menaiki Buraq, binatang yang terdapat dalam syurga.

Info : ~ antara binatang yang terdapat dalam syurga ialah biawak padang pasir, rusa, burung 
            hud-hud, semut, keldai. 
         ~ keldai adalah antara binatang yang menjadi kesayangan Rasulullah SAW.
         ~ Buraq : tinggi daripada keldai, berwarna putih, binatang liar di dalam syurga hinggakan 
                         Jibrail a.s. tak mampu menangkapnya. 

ISRAK

Rasulullah SAW mendarat di 3 tempat :
  • Bandar Madinah 
  • Bukit Tursina, tempat nabi Musa a.s. menerima wahyu daripada Allah SWT.
  • Baitillaham - tempat kelahiran Isa a.s.   
Dalam perjalanan baginda SAW : 
  • baginda bertemu dengan Jin Ifraid yang membawa obor api untuk membakar baginda
  • baginda melihat satu kaum yang menanam biji benih dan akhirnya keluar pokok dalam masa yang singkat - perumpamaan bagi orang yang berjuang di jalan Allah SWT. 
  • melalui tempat yang berbau harum iaitu kubur Masyitah ( insan yang menyisir rambut anak Firaun ) 
  •  baginda dikejar pendakwah-pendakwah dari kaum Nasrani dan Yahudi. 
  • baginda didatangi seorang wanita yang cantik pada luarannya sahaja namun dia sebenarnya dah tua. - perumpamaan dunia pada ketika itu. 
  • baginda diperlihatkan dengan seorang insan yang memikul rajanya, ditambah pula dengan barang-barang hinggakan dia tidak berdaya untuk melakukan perkara tersebut - gambaran umat Rasulullah SAW. 
  • melihat golongan yang menghempaskan kepala pada batu besar - perumpamaan manusia yang tidak pernah bersujud kepada Allah SWT.
  • melihat golongan yang diberi hidangan daging yang elok dan daging yang busuk, tetapi mereka memilih daging yang busuk sebagai santapan - gambaran bagi orang yang melakukan zina. 
  • melihat lelaki yang didatangi batu-batu api neraka di kepala mereka - perumpamaan bagi orang yang melakukan riba. 
  • melihat orang yang memotong lidah dan bibir sendiri - perumpamaan bagi orang yang melakukan fitnah. 
  • melihat orang yang cakar wajahnya dan dadanya menggunakan kuku sendiri - perumpamaan bagi yang melakukan riba.
Setibanya baginda di Masjidil Aqsa, baginda turun dari Buraq dan masuk ke dalam masjid mengimamkan solat dua rakaat bagi para nabi dan rasul.
Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu Jibrail membawanya arak dan susu. Rasulullah memilih susu untuk diminum. Jibrail berkata kepada baginda bahawa baginda membuat pilihan yang betul kerana jika baginda memilih arak, maka ramai umatnya akan menjadi sesat. 

MIKRAJ 

Baginda naik ke Hadhratul Qudus untuk menemui Allah SWT. Baginda didatangkan Mikraj, iaitu tangga yang indah daripada syurga. Baginda dan Jibarail naik ke atas tangga pertama lalu terangkatlah pintu langit dunia iaitu pintu Hafzhah. 
  • di pintu langit pertama, baginda dan Jibrail a.s. bertemu dengan  Nabi Adam a.s. Di situ, baginda melihat orang yang memakan riba dan harta anak yatim. Baginda juga melihat orang yang berzina yang berwajah hodoh. 
  • di langit kedua, bagina berjumpa dengan Nabi Yahya a.s dan Nabi Isa a.s.
  • di langit ketiga, baginda bertemu dengan Nabi Yusuf a.s. 
  • di langit keempat, baginda bertemu pula dengan Nabi Idris a.s. 
  • d langit kelima, baginda bertemu dengan Nabi Harun a.s. 
  • di langit keenam, baginda berjumpa dengan nabi Musa a.s
  • di langit ketujuh, baginda berjumpa dengan Nabi Ibrahim a.s. 
Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini terletak atas Baitullah di Mekah).
 
Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa akan Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

0 comments: