June 10, 2011

Dear Allah.

Bila kita dalam duka, atau sedih, atau tension, atau apa-apa jenis perkara yang merumitkan daily life, kita mudah untuk rujuk kepada Yang Maha Esa. Berkat doa, solat hajat, solat sunat taubat, solat istikharah and so on. Tapi, adakalanya kebanyakan daripada kita mudah jugak terlupa akan kewujudan Allah di setiap zarah dalam daily life kita, especially bila kita rasa syok terlebih, dapat something yang berharga, and apa-apa ja lah. Actually, kita tidak tahu setiap nikmat dan dugaan yang kita harungi tu adalah sebahagian daripada ujian Allah di dunia. Ya. Bukan setakat UPSR, PMR, SPM, STPM and dot dot dot.

Di peringkat ujian ciptaan manusia, alah, macam peperiksaan awam lah katakan, kita diberi buku untuk melatih diri sendiri, belajar setiap kalimah dalam muka surat tu, dengan tujuan untuk mencari kesenangan di masa hadapan. Tapi, kadangkala kita terlupa bahawa nikmat atau kesenangan di dunia hanyalah sementara sahaja, tidak lama pun. Macam syllabus Pendidikan Islam Form 5, kehidupan di dunia ibarat seorang perantau. Bekalan dicari bagi hari yang akan datang. Tetapi, bagaimana pulak dengan ujian Allah ? Ya. Ujian Allah juga ditest di dunia, diambil kira berapa PNG yang kita dapat untuk kehidupan di alam yang telah disediakan berdasarkan amalan yang kita buat. Sejauh mana kesabaran, ketakwaan, keimanan kita dilihat oleh Allah S.W.T. Kelakuan dan peribadi adalah buku kita. Result PNG kita ditaip dan diprint oleh malaikat-malaikat yang menjaga bahu kanan dan kiri kita. Berapa kita dapat ? 4.00 ? Alhamdulillah. 2.0 ? Cuba pertingkatkan lagi sementara masa masih ada sebelum kita mencapai cita-cita kita di Heaven Park. Bukan Hell's Kitchen. 

Ujian Allah merangkumi setiap aspek kot. Tak kira masa dan tempat. Apatah lagi bangsa. So, bilakah kita mahu kembali ke pangkal jalan ? Islam adalah agama yang murni, indah dan simple. Tengoklah saya. Saya dibenarkan melakukan solat jamak dan qasar atas sebab bermusafir melebihi 2 marhalah. Ye lah. Penang ke KL. Cuba amik measuring tape and ukur sendiri. So, apa lagi yang merumitkan kita ? Ingatlah, ke-simple-an dalam Islam disebabkan kasih sayang Allah yang tidak berbelah bagi. Betapa romantisnya Allah kepada kita. Sejauh mana kita in love with Allah ? And remember this too, ujian Allah diberikan bagi mengadili setiap manusia yang mengikuti suruhan-Nya. Allah sayangkan kita. Tak kiralah kita berperibadi bo0o0o0o0o or yeaaaaayyyy ! So, now, marilah kita panjatkan kesyukuran dan kasih sayang kepada Allah, Tuhan yang Menguasai Sekelian Alam. 

Originally from GG.

0 comments: