August 23, 2011

Diharapkan Bukan Ramadhan Terakhir



Kalau cakap pasal Ramadhan, semua tahu yang kita, especially umat Islam diwajibkan berpuasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari disertai dengan niat. Menahan lapar dan dahaga serta mengelakkan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Tapi, setakat manakah amalan yang dah kita lakukan ? Ibadah-ibadah sunat semakin dipentingkan selepas ibadah wajib, terutamanya pada bulan Ramadhan. Kalau setakat cakap " Aku dah puasa dan sembahyang fardhu 5 waktu, cukuplah untuk amalan aku bulan Ramadhan nih", memang salah sama sekali ye becoz puasa dan solat 5 waktu adalah perintah Allah SWT. Semua umat Islam wajib melakukannya kerana sebahagian daripada tuntutan rukun Islam. Namun, ibadah-ibadah sunat seperti solat sunat tarawih, qiamullail, baca Al-Quran, qailullah, bersedekah and other than that tu lah menjadi pelengkap kepada ibadah fardhu. Tu barulah dikatakan melakukan amalan dan mencari bekalan. 

Tapi, kalau setakat puasa, sembahyang 5 waktu, buat ibadah-ibadah sunat, namun tak pandai menjaga kata-kata, aurat, sikap, rosaklah amalan Ramadhan. Macam-macam tak dak apa-apa kesan. Macam makan fibre lah. Lepaskan macam tu je. Namun, hairan jugak kekadang ni. Perasan tak bulan Ramadhan selalunya dijadikan sebagai bulan pesta makanan, atau bulan membudayakan makanan. Korang lihatlah sendiri kat TV. Asyik-asyik rancangan memasak. Buka puasa tu lebih penting la ? Sedangkan nak berbukak tu lambat lagi. Ada dalam 8 jam camtu. Arghh, dia tak kira. Nak jugak tayang rancangan tu. Buatlah rancangan berilmiah sikit. Ramadhan kan hanya SETAHUN SEKALI. Betul tak ? Dia tak nampak dah Ramadhan ni. Dia just cakap " Raya kan SETAHUN SEKALI". Hambbboooiiii dia. Actuali, tak salah nak berhibur bulan Ramadhan nih, asalkan hiburan yang berilmiah dan mendatangkan benefit. Seeloknya, kekalkanlah amalan Ramadhan untuk 11 bulan yang lain kalau rasa cinta akan Islam dan Ramadhan. 

So, macam mana amalan korang hah ? Dah sempurna ke ? Saya mengaku di sini, amalan saya tidak lagi sempurna. Ibadah sunat banyak miss. Astaghfirullah. T___T Kalaulah ini Ramadhan terakhir bagi kita, apa akan korang rasa ? Pintu taubat dibuka seluas-luasnya. Allah SWT menantikan rayuan dan doa kita. Allah SWT rindukan tangisan kita. Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengasih. Kita seharusnya berasa beruntung dan bersyukur kerana dipertemukan lagi dengan madrasah tarbiyyah Ramadhan Al-Mubarak. 

--- > Originally from Azizi Said. NO COPY !  



  

0 comments: