September 30, 2011

Cara Letakkan Back To Top Button

Assalamualaikum semua. Selamat malam jugak. OK. 
Memandangkan hari ni aku free, so, terasa gatal plak jari-jemari ni untuk buat tutorial. Hoho. Tutorial aku kali ni senang je. 
Anyway, maaf coz gantikan ' saya ' kepada ' aku '. 
Usually, back to top button ni selalu dipasang blogger untuk memudahkan scroll up di blog masing-masing. 
Nampak macam tiny je, tapi tengok, boleh tarik blog. * Yang ni aku merepek. 

Kalau korang tak kenal apakah back to top button, senang je. Meh aku nak tunjukkan korang contoh button tersebut dalam blog aku nih. Kalau korang scroll sampai ke bawah, mesti akan jumpak button ni. 
Photobucket 

Jelas tak gambar atas tuh Kira OK lah kan OK. Jom kita start. 

1. Masuk ke Dashboard Design Add Gadget Add HTML

2. Copy and Paste code di bawah ni ke dalam window Add HTML.

<a style="display:scroll;position:fixed;bottom:5px;right:5px;" href="#" title="Top"><img src="LINK KORANG" /></a> 
3. LINK KORANG tue boleh digantikan dengan URL button yang korang nak. Boleh diambil dari sini.  

4. SAVE. 

Boboi Boy Pegi Gunting Sideburn Jap.

Dah berkurun guna header yang sama. Tengok. Boboi Boy pun dah ber-sideburn. So, bagi mengelakkan Boboi Boy daripada dicekup cekgu disiplin, aku dah benarkan Boboi Boy pergi buat sementara waktu menggunting rambut beliau yang dah ala-ala rockers tue. Disebabkan si Boboboboi tu sentiasa seiring dan sejalan dengan cik Yaya, so, Yaya pun terpaksa ikut beliau blah dari blog aku sebab aku halau diorang. BHAHAHA. Kejam sikit je. Ucapan kredits kepada beliau-beliau sekelian.


Photobucket

Anyway, aku dengan sukacita, macam nak amik paper Sivik trial SPM, terus je gantikan beliau-beliau sekelian dengan " aku " yang baru. Maaf lah. Saiz kureng sikit. Tapi takpa. Asalkan bahagia ye. Maklumlah, sapa nak tengok perkara yang hari-hari ditengok. Memandangkan hard disk komputer pun dah diganti, semua baru !! Abis ilang gambar and lagu yang aku simpan. Grr. Tak pa lah. Asalkan bahagia. 

Agak menggigit masa untuk buat benda ni walaupun sesimple sangat. Benda-benda simple ni la yang jadi masalah. Macam Add Math * simple ? Hai. Sejarah tak study lagi. OK OK. Nak kena cepat-cepat post nih. Erm, ni lah header aku yang  fantastik plastik ! Boleh la tahan. Tak pa lah. Nanti aku buat lagi. Ni hasil kerja jemari yang malas. Lepas balik sembahyang Jumaat tadi, terus menerus online. Dah lama CPU duduk kat wad 10. 

Photobucket

Macamana header nie ? OK ke ? Tolong respons. Mata tu aku adjust guna Photoscape. Dan semua hasil jemari di atas adalah kesan penangan tangan kanan kiri Photoscape jugak. OK lah kot ? 

September 09, 2011

Dah Cukup Power Rangers kah ?

Long time no see. Lama tak update. Tarantula dok menyemak kat blog aku. 
  
Apabila mood study melanda, semua jadi tak kena. Meja buku berselerak, mandi pun ntah ke mana. Patutlah rumah bau-bau kambing ja. Apabila perasaan takot akan subject hard core, arghhh .. naseb senang. haha. Physics dan Add Math menjadi iguana  igauan * betul ke eja macam ni ? Lantak lah. BM bley guna banyak perkataan yang sinonim. Cikgu dok target kat aku sorang je. Aku pandai sangat kah ? Family lagi. Mementang la aku pelarian MRSM dan SBP. Grr. Nak beat akak yg dapat 8A dan akak yang dapat 9A. Tak mustahil tapi masa macam dah suntuk. Huhu.

Tak pa lah. Setakat ni, Bio, Pendidikan Islam, Modern Math, BM, BI, Chemistry, Tasawur... alhamdulillah. Tapi Sejarah, Add Math, Physics.. grrr. Orang lain berfikir, dan berkata aku pandai. OMAIGOD. Benda ni macam nightmare je. Kalau dapat terbaik trial nih, bley pegi oversea terus lepas SPM. Tawakal je la. Naseb ada preparation. Hehe. Rusia menjadi pujaan. Rusia menjadi idaman. Second, Jordan pulak. Grr. 

Mengharapkan doa ibu, family dan teachers. Rakan-rakan dan para sahabat jugak. Becoz saya bukan genius. Saya bukan Al-Khawarizmi, bukan Al-Razi, bukan Ibnu Sina, bukan Al-Biruni. Tetapi semangat mau ada. 

Raya tahun ni tak terasa meriah. Tak rasa hepi. Tak rasa itu dan ini. Beraya dengan Cik Biology. Encik Add Math. Huhu. Alhamdulillah, Cik Biology menerima cinta aku. :D

KEPADA PEMOHON YANG REQUEST CANTIKKAN BLOG :
 
-- > Eika Zuelaikha, Baskis Rabbies, Dafiq Bella .. sori ye. Lepas SPM kot jawabnya.
-- > Tutorial blog pun tak sempat nak buat, apakah ?