October 28, 2011

Kisah Aku : Aku, Ayah dan SPM volume 3

Entah kenapa aku terasa begitu letih hari tue. Famili aku meninggalkan aku bersama anak-anak sedara aku sementara diorang pergi ke Hospital Seberang Jaya. Aku rasa terlalu mengantuk. So, aku melelapkan mata sebentar, bersama anak sedara aku yang dua orang itu, Syafiq dan Aiman. Aku tidur bersama air mata, berlinangan membasahi pipi. Nasib baik kak ipar aku membawa kunci rumah bersama-sama, kalau tak, alamatnya tak dapatlah diorang masuk ke dalam rumah. 

" Adik. Bangun dik." Kak ipar aku mengejut aku dari tidur. Aku melihat sekeliling. Anak-anak sedara aku sedang nyenyak tidur. Biarkan je lah. Aku menggosok-gosok mataku. 

" Kalau kak ngah gitau sesuatu, kak ngah harap adik bersabar oke. " Aku hanya mengangguk. Aku dah rasa sesuatu yang tak enak untuk didengar. Alah, macam drama TV lah. Ayat macam ni, mesti ada yang tak best. 

" Ayah dah tak de. Sabar adik sabar. " Kak ipar aku berterus terang dengan aku. Ya Allah ! Perkara pertama yang hati aku kata ialah .. aku dah jadi anak yatim ! Aku rasa macam ... macam .. sedang mimpi. Aku cuba cubit tangan aku. Serius aku dah terjaga dari tidur. Air mata aku mengalir lagi. Memang kali ni bercucuran, bukan seperti biasa. Kak ipar aku dapat memahami perasaan aku. 

Aku sekali lagi bertindak kurang waras. Aku mengejut Syafiq dan Aiman yang sedang tidur tu. Aku memang tak de belas kasihan time tue. Diorang pun bangun dalam keadaan terkejut. Setelah aku gitau benda yang sama kepada diorang, begitu jugak reaksi diorang, macam aku tadi. Kak ipar aku cuba menahan sebak. 

Kak ipar aku keluar dari rumah meninggalkan kami lalu memberitahu jiran-jiran tentang berita kematian ayah. Aku pula berusaha untuk tabahkan diri lalu menelefon sedara-mara dan family-family aku yang jauh nun di sana. 

*********************
Jenazah ayah selamat tiba di rumah, 13 Januari 2010 pukul 4.20 pagi dengan menggunakan van mayat dari Hospital Seberang Jaya. 10 hari lepas, aku menyambut ulang tahun kelahiran ayah yang ke-55. Masih terkenang lagi aku. Sekarang, aku melihat ayah terkujur kaku di atas katil dia pengsan malam semalam. Sudah takdir Allah. Aku hanya akur dengan takdir-Nya. Aku menemani ayah di katil. Dalam satu jam kenudian, aku minta izin dari keluarga untuk lelapkan mata sekejap buang satu jam. Parahnya hati, tak de sapa tau. Apatah lagi akulah saksi pertama yang melihat ayah aku pada malam semalam. 

Aku bangun semula pada jam 7.20 pagi, macam tue lah agaknya. Aku mendengar bacaan Yasin telahpun berkumandang di ruang legar rumah. Aku hanya boleh diam, tak berkata apa - apa, di dalam bilik. Aku turut ikut serta bacaan Yasin melalui hati. Duduk sejenak, sepupu aku, Fadhlin Sakinah dan adik-adiknya datang menziarah aku di dalam biliK. Dia mengucapkan takziah kepada aku dan meminta supaya bersabar. Aku memahami maksud yang diterangkannya, kerana dia menghadapi perkara yang sama, kehilangan ibu kandung semasa di bangku sekolah rendah lagi. Aku dikira beruntung kerana dapat merasai hidup bersama ayahku sampai aku berumur 15 tahun. Kematian ayah ada senyuman terukir di bibir. Alhamdulillah, ayah tergolong dalam golongan yang beriman kepada-Nya. At least, aku dapat kurangkan kesedihan aku tue.



Ayah dikebumikan lambat sedikit kerana kak lang, kakak aku yang bekerja di Bintulu, Sarawak, masih belum tiba. Aku terfikir, apakah perasaan dia tatkala menaiki kapal terbang kembali ke Pulau Pinang. Alhamdulillah, kak lang tabah dengan dugaan ni. Tetapi sayang, kak lang tidak sempat melihat muka ayah. Hanya melihat tubuh ayah dibaluti kain putih saja.Dalam pukul 4.30 petang, ayah diletakkan di hadapan orang ramai, di ruang tamu rumah, sebelum dibawa ke Masjid Permatang Janggus untuk disembahyangkan. Kami sekeluarga, termasuk anak-anak sedara aku dan anak asuhan mak aku, mencium, mengucup pipi ayah buat kali terakhir. Aku semakin sebak. Bau air mawar merebak di sekitar rumah. Kapas-kaoas putih berterbangan di sana-sini. Oh ayah, apakah perasaan ayah bila melihat peristiwa ini ? Azim Yaziz dan Faiz sudah kelihatan di perkarangan rumah. Terima kasih atas kehadiran korang.

              

Sebulan kemudian, aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke SEKOLAH MENENGAH SAINS KEPALA BATAS ( SAKBA ). Dan seminggu selepas aku menjadi pelajar SAKBA, aku mendapat pula tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke MRSM Beseri, Perlis. Alhamdulillah, sesungguhnya doa arwah ayah untukku telah dimakbulkan. Aku bertindak dengan keluar dari SAKBA lalu menyertai pihak MARA. 

Namun, pada awal tahun 2011, aku bertindak untuk keluar dari MRSM lalu kembali ke sekolah aku yang terdahulu, SMK BANDAR BARU PERDA. Aku bagaikan menyusahkan hidup keluargaku je. Astaghfirullah. 

Aku telah target, by hook or by crook, aku tetap nak jadi doktor. Aku nak buat jasa untuk rakyat Malaysia. Nak hapuskan pembunuh masyarakat Malaysia kini, iaitu kanser. Tak kisahlah apa orang nak kata, aku adalah aku. Kini, dua minggu lagi, aku akan menghadapi peperiksaan terbesar yang menentukan wajah keluarga aku. Ya Allah, ampunkanlah dosaku yang lalu. Tunjukkanlah jalan aku yang sebenar. Kerana hanya Kaulah yang penyelesaian bagi segalanya. 

Moral : Hargailah kehadiran ayah anda di kaca mata anda sendiri. Jangan abaikannya. Patuhilah perintahnya. 

Hasil Nukilan : Azizi Md Said 
Based On : Cerita sebenar yang dialami sendiri. 

Kisah Aku : Aku, Ayah dan SPM volume 2

Hampir 24 kali ayah jalani sesi radioterapi. Aku bersyukur coz ayah dah nak tamat sesi radioterapi tue. Abang aku usaha carik biji apricot untuk dijamah ayah. Aku pulak masa tue sambung tingkatan empat dalam kelas Pure Science. 

Disebabkan ayah dah kelihatan hampir pulih, kami rasa berbangga dan bersyukur tak terkira kot. Aku pun boleh study Sejarah dengan hepi. 

Mak   :  Adik, pegi sembahyang dulu. Jap gi sambung balik study Sejarah tue. 
Azizi : Baik mak.

Aku pun pegi amik air wudhuk dan amik sejadah lalu aku hampar atas lantai marmar putih. Masa tue mak aku dah niat solat Maghrib. Kami solat berasingan. Aku solat di hadapan ayahku while mak pulak solat dalam bilik. 

" Uwek..uwek !"  - Pelepup. Bekas muntah ayah aku jatuh ke lantai. Ayah aku pengsan ! Aku meninggalkan sejadah atas lantai tue dan lari kat ayah yang terlentang atas katil tue. 

" Ayah ! Mak ! Mak ! Mak, mai tengok ayah ni !" Aku paling ke belakang melihat ayah aku dan  menjerit memanggil mak aku dalam tangisan untuk diminta melihat ayah aku yang pengsan. Aku cuba tolak-tolak badan ayah supaya dia sedar semula dari pengsan. Mak aku bergegas keluar dari bilik dan meninggalkan solat Maghrib. 

" Astaghfirullah ! " Mak aku melaungkan istighfar. Pastu, ayah aku sekeli mata tersedar dari pengsan. Namun, paling menyedihkan, kain pelikat yang dipakai ayah aku tue penuh dengan najis, dan DARAH ! Aku dan mak aku gelabah. Aku tak de cara lain, selain menelefon abang aku yang berada di pasar malam. 

Aku maki hamun di telefon sebab abang aku tak angkat telefon. Asyik asyik cakap omputih je. Apakah. So, aku tak de cara lain dengan bertindak kurang siuman sikit. Aku just tunggu terperok di tepi jalan, menunggu kelibat motor Suzuki biru abang aku tue. 

Aku betul-betul tak gembira time tue. So, aku masok semula ke dalam rumah dan telefon pulak abang ipar aku yang berada di Kulim, Kedah. Ayah aku still dengan mak aku. Mak cuba sedaya upaya untuk membuang najis yang berada pada ayah. Aku pulak sibuk dengan telefon aku tue. Alhamdulillah, abang ipar aku membalas panggilan aku. Dia agak terkezut sedikit bila aku gitau dia tentang ayah aku tue. 

Ayah bertindak dengan bangun dari katil dan berjalan ke menuju ke bilik air untuk membuang najis tue. Tetapi, ayah rebah di pertengahan jalan. Mak cuba menyambut ayah dan meletak dia perlahan-lahan di atas lantai. Aku pulak meninggalkan telefon tue dan bergegas ke ayah aku. Aku cuba menolong mak aku. Jiran sebelah aku datang ke rumah melihat keadaan ayah aku. Ayah aku time tue still dengan najis dan darah. Lantai rumah pula berlumuran dengan darah. Titisan darah dari katil sehingga ke tempat ayah aku rebah jelas kelihatan. 

" Lailahaillallah. Lailahaillallah. Abang Suid, ingat tak ? " Jiran aku tue membisikkan zikir ke telinga ayah aku.

" Ingat. Ingat. " Ayah aku menjawab dengan nada yang sayu dan perlahan.  

Aku keluar lagi menanti kelibat abang aku. Akhirnya, sampai jugak. Abang aku terus singgah ke rumah aku. Sedetik aku gitau pasal ayah dari luar, terus abang dan kak ipar aku serbu masuk dalam rumah. Air yang dipegang dalam oleh kak ipar aku tue jatuh ke lantai. Makanan-makanan yang dibeli dari pasar malam jugak bertaburan. 

Beberapa minit kemudian, abang ipar aku, berserta kakak dan anak sedara aku tiba di perkarangan rumah. Aku dapat agak yang dia mesti memandu laju ke sini, Permatang Pauh. Sejurus tue, kami semua sepakat mengangkat ayah masuk ke dalam kereta abang ipar aku. Abang ipar aku bergegas ke hospital bersama dengan mak. Yang lain pulak menaiki kereta abang aku. Aku diminta menjaga rumah bersama-sama anak sedara aku. Hendak tak hendak terpaksalah aku akur. Aku terus menghantar mesej kepada rakanku, Taufiq, Faiz dan Azim Yaziz tentang keadaan ayahku itu. 

Kisah Aku : Aku, Ayah dan SPM volume 1

Assalamualaikum korang.

Semua sihat walafiat ke ? Kalau tak, aku boleh dermakan sikit duit dalam account Nufffnang aku. Korang nak tak ? Ehehehe. Nuffnang aku pun ada lah berapa posen.Tak pe lah. Asalkan bahagia.

Arini aku terimbau kesah aku dengan ayah aku. Huhu. Dengar la korang. 



Dalam wad Island Hospital

Azizi :  Ayah, macam mana ayah la nie ? Dah makan ka ? * sambil membelek-belek saluran-saluran air yang dimasukkan ke dalam tubuh ayah.
Ayah :  Alhamdulillah. Sihat sikit. Jangan risaulah. Adik sihat ke ? * aku digelar adik dalam family sebab aku paling bongsu. 
Azizi :  Alhamdulillah sihat ayah. Banyaknya wayar-wayar diorang cucuk kat ayah. 
Ayah :  Nak buat camana. Kena bubuh jugak la. Nak bagi sembuh.
Azizi : Owh. * tergamam. Sebak di dada tak dak sapa tau kot. Terfikir sejenak, apa perasaan ayah ni hah ? Kalau aku sendiri dapat rasa apa yang ayah aku rasa. Ayah macam nak cover-cover je depan aku. Aku tau tue.
Ayah :  Adik, nanti kalau result PMR dah keluar, ayah nak adik masuk MRSM tau. Jangan malas belajar. Jadi macam kakak dengan abang adik. Biar nanti ayah dapat merasa naik flight lagi. * Okeh. Time ni ayah aku cover kesakitan dia dengan lawak. 
Azizi :  Insha Allah ayah. * aku just mengangguk je. Aku ketawa kecil. Sederhana dalam kesayuan. 
****************************

Ada sorang doktor perempuan Cina nak jumpak waris-waris keluarga Encik Md Said Harun ( ayah aku ), aku just turut serta. Kami berlima ( abang dan akak aku ) jumpak doktor tue, keluar dari wad yang ayah duduk.

Doktor : Biasanya, penyakit ni susah nak dirawat. Dia menghidap kanser usus dan hati. Pesakit-pesakit macam ayah cik ni kebanyakannya umur tak panjang. Lagipun, ayah cik ni dah dalam kanser tahap keempat. Kami tak de cara lain melainkan hantar dia ke Hospital Mount Miriam. Harap cik bersabar.

Astaghfirullah. Hanya Allah je tahu perasaan kami nie. Sebak sungguh di dada. Tak dapat nak tahan. Rasa macam nak luruh je jantung bila dengar doktor tu sebut. Kami semua lari jauh-jauh dari wad ayah. Aku jatuh terduduk tahan sebak. Anak sedara aku cuba pujuk. Aku cuba cover. Kak aku datang peluk aku seerat-erat yang boleh. Rasanya satu koridor hospital tue boleh dengar kami nangis. Kami hanya mampu berserah pada Allah. Kami cuba sedaya upaya untuk bantah dalam hati apa yang doktor tu cakap. Tisu dalam tandas pun dah habes kami bantai.

Ayah pernah masuk dewan bedah sebanyak dua kali. Sesi yang kedua tue, diorang buang air dalam badan ayah. Diorang tebuk belakang ayah. Saket. Mau 2 botol air kot. Banyak giler. Kotor pulak tu air tue. Doktor ada tanya kami," Pesakit nie hisap rokok ke ?" Kami menafikan sebab ayah tak pernah hisap rokok seumur hidup dia. 


Mount Miriam Cancer Hospital entrance

So, ayah dihantar ke Mount Miriam. Hospital tu memang khas untuk pesakit kanser je. Malangnya, hospital tu bercorak Kristian. Terpaksalah menjaga rohani daripada pengaruh diorang. Salib di merata tempat. Tetiap hari, kecuali Sabtu dan Ahad, ayah aku akan pegi ke hospital kristian tue. Naseb ayah dapat doktor islam, Dr. Amer Khan. Rawatan radioterapi buat rambut ayah gugur. 

Ayah :  Rambut dah gugur. * bernada sayu.
Mak  : Tak pe lah. Nanti tumbuh balek. Sabar ye. * mak sedih melihat ayah. 

Time tue, aku dah dapat result PMR. Alhamdulillah, aku dapat 7 A dan 1 B. Syukur. At least, aku dapat menggembirakan ayah.  Wahai ayah, anakmu berjaya merangkul keputusan cemerlang.