October 20, 2011

Final Countdown

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Life...

SPM semakin hampir dan aku kini menghitung hari untuk menamatkan
tahun akhir aku sebagai pelajar sekolah menengah yang hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi. SPM adalah pencapaian terakhirku sebagai pelajar sekolah
setelah berhempas-pulas menggalas beg selama 11 tahun. 

Berikut adalah senarai sekolah-sekolah yang pernah aku pergi untuk mencari kemanisan ilmu Allah: 
  •  Pasti Al-Asma
  • SK Permatang To' Kandu 
  • SMA Faqiah Daimiah  
  • SMK Bandar Baru PERDA
  • SMS Kepala Batas 
  • MRSM Beseri
 Buat masa ini, menghitung masa, hari dan muka-surat muka-surat yang belum aku telaah lagi adalah menjadi keperluan.

Bukan senang untuk peroleh keputusan yang cemerlang dalam SPM, namun segala-galanya boleh diberlaku atas kehendak Allah. Kun fayakun. Setiap dari kita ada rezeki masing-masing.

Penat belajar secara berkumpulan bersama rakan seperjuangan. Alhamdulillah, berkesan. Sungguh, belajar dalam halaqah adalah dapat membantu untuk kurangkan tekanan di samping dapat berkongsi ilmu yang dimiliki. 

Apabila masa semakin hampir, diri terasa masih belum cukup ilmu yang perlu disimpan di dada. Kini, aku tak bermasalah lagi dengan Additional Mathematics, tetapi Sejarah! 
Kebanyakan tenaga pengajar uar-uarkan kepada kami bahawa tiada tajaan biasiswa sekiranya keputusan Sejarah tidak cemerlang, dengan kata lain, gred A+. Entah betul entah tidak.

Namun, itu bukanlah segalanya. Aku seharusnya lebih tekun dan fokus dalam pelajaran. Baiklah. Sampai di sini sahaja coretanku. 

0 comments: