October 16, 2011

Keputusan Percubaan SPM

Riangnya dalam hati, kalau dapat 10 A + , 
Tapi aku hanya dapat 4 A saja. 

Smile bcause you know you're awesome xD 

Baru tadi aku semak keputusan percubaan aku melalui internet. Sedih ada, gembira pun ada. Semua ini Kak Hajar yang cadangkan. Dia siap telefon dan minta nombor kad pengenalan lagi. Ingatkan nak buat apa, rupanya nak semak keputusan percubaan SPM secara online.

Aku kemudian cuba buka laman web tersebut. Ya Allah, sungguh, aku tak sangka aku dapat keputusan itu. Peratus menurun. Ujian Allah ini.Takpelah, rezeki setakat itu sahaja. Lagipun, aku juga yang malas belajar. Keputusan percubaan Kak Hajar pun menurun. Nak kata soalan susah, takdelah sesusah mana pun.
Ini adalah capaian yang aku buka tadi. Terima kasih banyak-banyak. Koleksi Soalan Gelam

Kalau hendak dibandingkan dengan Imran yang dapat 6 A, memang jauh ayam panggang dari api lah. Sedihnya. Rasanya macam tiada beza biarpun dapat kedudukan pertama dalam kelas dan tingkatan. Keputusan tetap menurun. Takpelah. Asalkan bahagia. 

0 comments: