October 28, 2011

Kisah Aku : Aku, Ayah dan SPM volume 3

Entah kenapa aku terasa begitu letih hari tue. Famili aku meninggalkan aku bersama anak-anak sedara aku sementara diorang pergi ke Hospital Seberang Jaya. Aku rasa terlalu mengantuk. So, aku melelapkan mata sebentar, bersama anak sedara aku yang dua orang itu, Syafiq dan Aiman. Aku tidur bersama air mata, berlinangan membasahi pipi. Nasib baik kak ipar aku membawa kunci rumah bersama-sama, kalau tak, alamatnya tak dapatlah diorang masuk ke dalam rumah. 

" Adik. Bangun dik." Kak ipar aku mengejut aku dari tidur. Aku melihat sekeliling. Anak-anak sedara aku sedang nyenyak tidur. Biarkan je lah. Aku menggosok-gosok mataku. 

" Kalau kak ngah gitau sesuatu, kak ngah harap adik bersabar oke. " Aku hanya mengangguk. Aku dah rasa sesuatu yang tak enak untuk didengar. Alah, macam drama TV lah. Ayat macam ni, mesti ada yang tak best. 

" Ayah dah tak de. Sabar adik sabar. " Kak ipar aku berterus terang dengan aku. Ya Allah ! Perkara pertama yang hati aku kata ialah .. aku dah jadi anak yatim ! Aku rasa macam ... macam .. sedang mimpi. Aku cuba cubit tangan aku. Serius aku dah terjaga dari tidur. Air mata aku mengalir lagi. Memang kali ni bercucuran, bukan seperti biasa. Kak ipar aku dapat memahami perasaan aku. 

Aku sekali lagi bertindak kurang waras. Aku mengejut Syafiq dan Aiman yang sedang tidur tu. Aku memang tak de belas kasihan time tue. Diorang pun bangun dalam keadaan terkejut. Setelah aku gitau benda yang sama kepada diorang, begitu jugak reaksi diorang, macam aku tadi. Kak ipar aku cuba menahan sebak. 

Kak ipar aku keluar dari rumah meninggalkan kami lalu memberitahu jiran-jiran tentang berita kematian ayah. Aku pula berusaha untuk tabahkan diri lalu menelefon sedara-mara dan family-family aku yang jauh nun di sana. 

*********************
Jenazah ayah selamat tiba di rumah, 13 Januari 2010 pukul 4.20 pagi dengan menggunakan van mayat dari Hospital Seberang Jaya. 10 hari lepas, aku menyambut ulang tahun kelahiran ayah yang ke-55. Masih terkenang lagi aku. Sekarang, aku melihat ayah terkujur kaku di atas katil dia pengsan malam semalam. Sudah takdir Allah. Aku hanya akur dengan takdir-Nya. Aku menemani ayah di katil. Dalam satu jam kenudian, aku minta izin dari keluarga untuk lelapkan mata sekejap buang satu jam. Parahnya hati, tak de sapa tau. Apatah lagi akulah saksi pertama yang melihat ayah aku pada malam semalam. 

Aku bangun semula pada jam 7.20 pagi, macam tue lah agaknya. Aku mendengar bacaan Yasin telahpun berkumandang di ruang legar rumah. Aku hanya boleh diam, tak berkata apa - apa, di dalam bilik. Aku turut ikut serta bacaan Yasin melalui hati. Duduk sejenak, sepupu aku, Fadhlin Sakinah dan adik-adiknya datang menziarah aku di dalam biliK. Dia mengucapkan takziah kepada aku dan meminta supaya bersabar. Aku memahami maksud yang diterangkannya, kerana dia menghadapi perkara yang sama, kehilangan ibu kandung semasa di bangku sekolah rendah lagi. Aku dikira beruntung kerana dapat merasai hidup bersama ayahku sampai aku berumur 15 tahun. Kematian ayah ada senyuman terukir di bibir. Alhamdulillah, ayah tergolong dalam golongan yang beriman kepada-Nya. At least, aku dapat kurangkan kesedihan aku tue.



Ayah dikebumikan lambat sedikit kerana kak lang, kakak aku yang bekerja di Bintulu, Sarawak, masih belum tiba. Aku terfikir, apakah perasaan dia tatkala menaiki kapal terbang kembali ke Pulau Pinang. Alhamdulillah, kak lang tabah dengan dugaan ni. Tetapi sayang, kak lang tidak sempat melihat muka ayah. Hanya melihat tubuh ayah dibaluti kain putih saja.Dalam pukul 4.30 petang, ayah diletakkan di hadapan orang ramai, di ruang tamu rumah, sebelum dibawa ke Masjid Permatang Janggus untuk disembahyangkan. Kami sekeluarga, termasuk anak-anak sedara aku dan anak asuhan mak aku, mencium, mengucup pipi ayah buat kali terakhir. Aku semakin sebak. Bau air mawar merebak di sekitar rumah. Kapas-kaoas putih berterbangan di sana-sini. Oh ayah, apakah perasaan ayah bila melihat peristiwa ini ? Azim Yaziz dan Faiz sudah kelihatan di perkarangan rumah. Terima kasih atas kehadiran korang.

              

Sebulan kemudian, aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke SEKOLAH MENENGAH SAINS KEPALA BATAS ( SAKBA ). Dan seminggu selepas aku menjadi pelajar SAKBA, aku mendapat pula tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke MRSM Beseri, Perlis. Alhamdulillah, sesungguhnya doa arwah ayah untukku telah dimakbulkan. Aku bertindak dengan keluar dari SAKBA lalu menyertai pihak MARA. 

Namun, pada awal tahun 2011, aku bertindak untuk keluar dari MRSM lalu kembali ke sekolah aku yang terdahulu, SMK BANDAR BARU PERDA. Aku bagaikan menyusahkan hidup keluargaku je. Astaghfirullah. 

Aku telah target, by hook or by crook, aku tetap nak jadi doktor. Aku nak buat jasa untuk rakyat Malaysia. Nak hapuskan pembunuh masyarakat Malaysia kini, iaitu kanser. Tak kisahlah apa orang nak kata, aku adalah aku. Kini, dua minggu lagi, aku akan menghadapi peperiksaan terbesar yang menentukan wajah keluarga aku. Ya Allah, ampunkanlah dosaku yang lalu. Tunjukkanlah jalan aku yang sebenar. Kerana hanya Kaulah yang penyelesaian bagi segalanya. 

Moral : Hargailah kehadiran ayah anda di kaca mata anda sendiri. Jangan abaikannya. Patuhilah perintahnya. 

Hasil Nukilan : Azizi Md Said 
Based On : Cerita sebenar yang dialami sendiri. 

4 comments: