October 28, 2011

I've Been Tagged!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cat & Banana | via Tumblr
BREAKING NEWS :  AZIZI SAID DITAG.
 Alamak, aku ditag! Tadi terbaca entry di chatbox dan aku ditag untuk sebuah permainan? Apakah permainan yang dimaksudkan? Mari kita selidik.

Cik Nur Afiqah tag aku. Sebenarnya Cik Afiqah ini pun kena tag juga *haha*. 
Tertariklah pula aku dengan soalan Cik Afiqah ini. Jadi, mari sini aku tolong jawabkan.
Apa-apapun, terima kasih Cik Afiqah.

Aku kena jawab 11 soalan, kalau betul semua dah semestinya pointer aku naik kepada 4.00! Ini sangatlah penting!

1.  5 things about you?
5 perkara tentang Azizi? Sekejap. Sekejap. Aku lupa apa yang berkaitan dengan aku. Alamak , soalan satu tak boleh jawab. Jangan kata soalan yang seterusnya *failed*.

5 MINIT KEMUDIAN

Penat aku fikir jawapan yang patut aku letak. Soalan ini sudah seperti soalan struktur. Pertama sekali, aku meminati benda-benda yang comel, tidak kisah sama ada benda hidup atau benda bukan hidup, asalkan comel. Kedua, kalau aku pergi ke restoran, aku suka pesan teh ais dan nasi goreng cina atau pattaya. Ketiga, aku tak suka pada haiwan-haiwan perosak dan serangga berbisa. Jangan paksa aku senaraikan semua. Keempat, aku dikenali sebagai ulat buku sebab kebanyakan masa aku dihabiskan dengan buku *rajin di situ*. Kelima, aku minat untuk menonton filem yang diterbitkan dari bahan bacaan dan filem yang bercorak sains fiksyen, seram suam-suam kuku dan drama, dan aku meminati Running Man, terutamanya Song Ji Hyo. 

2.  Adakah anda seorang yang selalu menangis?
Ani! Biasalah, manusia manalah yang tak menangis, betul tak? Tetapi hendak dijadikan cerita, aku semasa kecil-kecil dahulu, terutamanya semasa sekolah rendah selalu menangis. Kawan-kawan acah sikit dah menangis. Biasalah, masa itu tak matang lagi. Bila fikir balik, buat malu saja. Ini dah aku cerita di sini, lagi bertambah malu.
3.  Something bf/gf korang buat yang paling korang suka? Kenapa? 
Alhamdulillah. Soalan ini aku tak dapat untuk tipu diri sendiri. Untuk pengetahuan, aku pernah bercinta. Tapi biasalah, cinta semasa zaman persekolahan di kebiasaannya cinta monyet saja. Tetapi bila difikir semula, tidak elok bagi aku untuk melafazkan kata-kata cinta kepada seseorang yang masih belum halal bagiku. Bukan caranya seorang Muslim melafazkan cinta seperti itu. Untuk menjawab persoalan ini, aku rasa biarkan sahajalah dirahsiakan.
4.  iPhone? BlackBerry? Or Strawberry? haha
Hebat betul penggubal soalan ini *haha* Buat masa ini, aku baru sahaja beli Xperia dua tiga hari lepas. Maksud aku, aku baru sahaja berpengalaman menggunakan telefon pintar yang dihadiri bersama skrin sentuh. Tetapi, apa yang cuba aku bangkitkan di sini ialah wallpaper strawberi dijadikan sebagai wallpaper telefon aku. Hebat anak muda!
5.  Ada tak dalam salah seorang kawan korang yang korang tak suka? Kenapa?
Inilah soalan yang telah lama aku nanti-nantikan. Biasalah, bila namanya ada berkawan, ada yang kita suka, ada yang kita tak suka. Aku tak mahu beritahu siapa yang cuba maksudkan di sini tetapi secara umum, aku tidak suka dengan perangai seseorang yang suka berlagak, kedekut tak bertempat, pemalas dan suka merendah-rendahkan orang lain.
6.  Apakah benda yang paling korang suka ?
Sebenarnya banyak benda-benda yang aku sukai. Memandangkan soalan hanya menanyakan 'paling', jadi aku jawab secara spesifik. Mungkin jawapan aku tak berapa spesifik, tetapi benda yang paling aku suka adalah benda yang diberi sebagai pemberian atau hadiah, tak kisah dalam bentuk apa sekalipun, asalkan pemberian. 
7.  What will you do before you go to bed? 
Macam biasa, seperti apa yang dilakukan oleh orang lain. Sebelum tidur, aku akan pergi ke tandas dulu, ditemani oleh emak. Maklumlah, aku ini penakut orangnya. Kemudian, sebelum tidur, aku akan semak telefon bimbit sama ada terdapat mesej-mesej baru yang baru diterima. Kalau tiada, aku baca mesej-mesej lepas dan ketawa seorang diri sampai gila. Baik, tak kelakar.
8.  What do you want from your boy/girl?
Aku rasa kalau aku jawab soalan ini, jawapannya akan sama seperti jawapan pada soalan ketiga. Namun, aku akan cuba untuk bezakan sedikit. Aku tukar soalan ini kepada What Do You Want From Your Wife? dan jawapan aku adalah, aku harap isteri aku dapat mencintai aku seadanya, tidak kira fizikal aku atau harta. Cinta sepenuh hati sehingga ke syurga. 
9.   Jom kira berapa dah ex-gf/bf korang? hihi
Ini pun jawapannya akan sama seperti pada soalan ketiga. Kesimpulannya, no comment. 
10.  If you were a prince/princess, what do you want to do? And will you marry a 
       prince/ princess or just another ordinary person?
Pada pandangan aku, sekiranya aku dilahirkan sebagai seorang putera raja, aku lebih suka untuk kahwini golongan rakyat kerana sekiranya aku kahwini puteri raja, belum tentu dia tahu serba-serbi tentang rumah tangga kerana semuanya dilakukan oleh orang lain. Seperti apa yang diperkatakan dalam babak drama Korea, Boys Over Flowers, Geum Jan Di bertanya kepada Goo Joon Pyo, "Why me? I'm not pretty, and I don't have money or status. I have nothing. Why did you like me?" Kemudian Goo Joon Pyo pun membalas pertanyaan Geum Jan Di, "Because I have all that, money, status, looks .. I don't need that from you. Geum Jan Di, all you have to be is yourself."
11.  Can you describe me in five words? 
I love to be me. 
Baiklah. Sekarang adalah giliran aku pula.

1.  Kenapa anda blogging?

2.  Makanan/minuman apa yang paling teruk pernah anda ambil ?

3.  Sekiranya anda diberi peluang untuk menjadi artis, artis apakah yang anda inginkan? Apakah yang akan anda buat?

4.  Tukar lampin adik kecil anda yang penuh dengan najis? 

5.  Anda ada secret talent? Terangkan sedikit.

6.  Jika anda diberi pilihan RM 1 000 000 dan terbang di langit, mana satukah pilihan anda?  

7.  Perkara paling memalukan pernah anda alami. 

8.  Jahat sangatkah musuh anda?

9.  Siapakah orang yang paling anda tak ingin jumpa ? Terangkan kenapa.

10.  Kalau anda diberi peluang untuk tukar jantina, anda akan suka apa dan buat apa?

11.  Apakah ayat yang paling anda suka?

Di sini adalah senarai blogger yang aku tag. Untuk sesiapa yang tak ditag, anda dialu-alukan untuk turut serta.

4 comments: