December 31, 2011

Happy and Tears

Photobucket 
 Sekali lagi. Howdi earthlings. GG on the blog lagi. 

Kelipop kelipop mata dah 31 Disember, kan? Kejap je masa berlalu. Orang cakap kalau setahun tue tak berapa lama lah sangat. Buat bebudak sekolah, pergi je sekolah hari-hari, dah sampai hujung tahun, dan maca tue lah benda ni berulang sampailah korang tamat SPM. Hahaks. 

And GG buat soalan bodoh kat FB:
kenapa aku kena ulang Januari balik ?
Ahah. Gila.  Memang la kena ulang Januari balik. Benda ni akan repeat sampailah kita kembali ke rahmatullah. 

Oh ya, bercakap tentang kembali ke rahmatulllah, baru 2 tahun lepas, ayah GG dah pun kembali ke rahmatullah. Hurm, sedeyh la. Tak pe. Semalam baru post pasal La Tahzan Innallah hama'ana. Setiap nikmat dan musibah hanyalah ujian Allah semata-mata. Semakin banyak kita bersabar, semakin banyak kasih sayang Allah terhadap kita. 

Ayah GG dilahirkan pada 3 Januari 1955 dan kembali ke rahmatullah pada 13 Januari 2010. Nampak kan beza 10 hari je? Hurm, disaat duka ada lara yang tak berapa nak lara sangat. Januari adalah segala-galanya for me. OK lah. Setakat ni je kot, huhu. Let bygone be bygone, OK? Kita yang masih ada ni harus menempuh hidup kita di dunia, harungi cabaran dan sabar dalam setiap ujian Allah. Even Lukman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya bersabar menghadapi ujian. :) 

Al-Fatihah untuk Md Said bin Harun

Nota tambahan:
Tahniah diucapkan kepada Nur Awatif Naim kerana telah berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran di International Medical University pada 4 aribulan nie. 
Tahniah juga diucapkan kepada Nur Nadzirah kerana telah berjaya melanjutkan pelajaran ke USA.

Sebab Header Tak Transparent

Photobucket

Hye semua. GG kembali lagi. Hehe. OK korang. 
Kat sini ada permasalahan yang cuba GG nak ketengahkan. Hahaks. tadi GG dah buat tuto ni. And  tadi ada persoalan yang cuba diketengahkan oleh Cik Nadiah dan Cik Syafiqah kita ye. Aiceh ! Macam Forum Remaja la plakss ! Haha. 


OK. Soalan diorang :
Background header ada warna putih. Macam mana nak buang warna putih tue? 
****** 4 1/2 minit kendian ****** 

Pertama sekali


Mungkin semasa buat header tue, korang mungkin buat macam nie:




Perasan tak kat background content tertulis white? So, the result is korang punya kertas kerja .. ceh.. kertas kerja .. akan jadi macam kat bawah nie. 




Sepatutnya, korang kena tukarkan background white tu kepada transparent. 


 

So, hasilnya, kertas kerja korang, haha, akan jadi macam gambar kat bawah ni.. ada petak-petak comel gitu.




Kedua dua-dua kali

 Semasa nak save header tue, korang mungkin terlupa nak tukarkan jenis format file untuk header. 


 

Cuba tengok kat bahagian format tue.  Dalam bentuk PNG kan? Huhu. Tu adalah format untuk transparent. So, kalau korang tak pilih PNG, tak menjadilah transparent.


Setakat itulah yang GG tau. Maaf lah kalau posting nie tak membantu. Huhu. Gg pun tak lah berapa terer merer sangat dalam bab Photoshop nieh. Hehe. Dah kantoi!

Not So Happy

Photobucket 

Hurm.  Syok kan kalau hidup kat dunia ni penuh dengan nikmat. Takdak sedih sedih. Hurm. Tapi itulah. Setiap apa yang ada kat dunia ni mesti ada pasangan masing-masing. Lelaki dan perempuan. Dosa dan pahala. Dan tak lupa jugak nikmat dan musibah ataupun orang banyak panggil bala. 

Setiap nikmat dan musibah yang hadapi kita hanyalah ujian daripada Allah SWT. Elemen terpenting dalam ujian Allah ialah kesabaran, bukan kepandaian macam korang amik exam. Sejauh mana kita bersabar, selagi itulah Allah menghadiahkan kasih sayang-Nya kepada kita. Alangkah indahnya cinta Allah. 

Tetapi itulah manusia. Kalau ada musibah, baru nak ingat Allah. Kalau nikmat melimpah-ruah, entah ya entah kan tidak masih bersama Allah. Kenapa nak memecahbelahkan kasih sayang Allah sedangkan Allah terlalu cintakan kita? Kita diberikan bantuan pernafasan setiap hari. Rezeki daripada makanan, minuman dan harta. 

--- > menulis bercampur dengan air mata.


Post ini sebagai peringatan kepada diri sendiri yang dah lalai