December 31, 2011

Happy and Tears

Photobucket 
 Sekali lagi. Howdi earthlings. GG on the blog lagi. 

Kelipop kelipop mata dah 31 Disember, kan? Kejap je masa berlalu. Orang cakap kalau setahun tue tak berapa lama lah sangat. Buat bebudak sekolah, pergi je sekolah hari-hari, dah sampai hujung tahun, dan maca tue lah benda ni berulang sampailah korang tamat SPM. Hahaks. 

And GG buat soalan bodoh kat FB:
kenapa aku kena ulang Januari balik ?
Ahah. Gila.  Memang la kena ulang Januari balik. Benda ni akan repeat sampailah kita kembali ke rahmatullah. 

Oh ya, bercakap tentang kembali ke rahmatulllah, baru 2 tahun lepas, ayah GG dah pun kembali ke rahmatullah. Hurm, sedeyh la. Tak pe. Semalam baru post pasal La Tahzan Innallah hama'ana. Setiap nikmat dan musibah hanyalah ujian Allah semata-mata. Semakin banyak kita bersabar, semakin banyak kasih sayang Allah terhadap kita. 

Ayah GG dilahirkan pada 3 Januari 1955 dan kembali ke rahmatullah pada 13 Januari 2010. Nampak kan beza 10 hari je? Hurm, disaat duka ada lara yang tak berapa nak lara sangat. Januari adalah segala-galanya for me. OK lah. Setakat ni je kot, huhu. Let bygone be bygone, OK? Kita yang masih ada ni harus menempuh hidup kita di dunia, harungi cabaran dan sabar dalam setiap ujian Allah. Even Lukman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya bersabar menghadapi ujian. :) 

Al-Fatihah untuk Md Said bin Harun

Nota tambahan:
Tahniah diucapkan kepada Nur Awatif Naim kerana telah berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran di International Medical University pada 4 aribulan nie. 
Tahniah juga diucapkan kepada Nur Nadzirah kerana telah berjaya melanjutkan pelajaran ke USA.

4 comments: