December 19, 2011

Hargailah Remajamu Dengan Ketentuan Tuju

Photobucket 

Selamat malam semua. Waalaikumussalam kepada yang bagi salam.

Baru tadi GG rasa terdetik nak post something bout remaja.
Zaman remaja ni biasalah, semua orang pernah alami kan ? Tapi ada tak yang sedar zaman remaja tue paling bernilai dari mutiara kat rantai leher kucing korang ? 

Bayangkan kalau korang rosakkan zaman remaja korang dengan buat benda-benda lagha, so, itulah yang akan berlanjutan ke zaman korang yang akan datang. 

Zaman remaja mencerminkan zaman dewasa korang. Tu je yang mampu GG katakan. Baik korang di usia remaja, baiklah korang di usia dewasa. Jahat korang di usia remaja, jahatlah korang di usia dewasa. 

Memang ada yang kembali ke pangkal jalan bila dah masuk usia dewasa, tapi korang yakin ke korang boleh kembali ke pangkal jalan kalau takde usaha di usia remaja korang ? Korang faham tak apa yang GG tulis nie. Huhu. Harap korang faham okey.

Usia remaja ni memang lazim sekali dengan hiburan dan cari kawan. Tapi berpada-padalah. Janganlah sampai terlanjur. Tak payah lah nak berkepit-kepit dan berhimpit-himpit di konsert ke hape. Bercampur lelaki dan perempuan pulak tue, just semata-mata nak tengok artis ? Astaghfirullah. 

Nak cari kawan pulak berpada-padalah dengan cari yang baik, mulia dan berfaedah untuk mencorak masa hadapan kita je. Nampak je kawan yang selalu follow isu dan budaya Barat, terus tinggalkan diorang. Shuffle, gothic and hapa-hapa ntah korang kena avoid. Kan dah ada sukan yang sihat ? Join la. Budaya Barat yang tak berfaedah bukan landasan Islam sama sekali.

Baiklah. Tu je yang GG mampu coretkan. Hoho. Ni bukan untuk reader sahaja, tapi sebagai peringatan untuk GG jugak. Tak salah kan kalau kita share something yang bermanfaat untuk kemajuan masa hadapan ?

Hargailah Remajamu Dengan Ketentuan Tuju

2 comments: