December 30, 2011

Year End Words

Photobucket 
Rasa kali ni gantikan 'GG' kepada istilah 'aku' pulak lah. Hehe.

OK semua.  Kali ni aku just nak post pasal hidup dalam tahun 2011 ni. Macam biasalah. Mesti ada sweet sour siakap 3 rasa. Kan? Hehe. 
Januari



Terpaksa keluar dari MRSM Beseri.  Takde chance lagi. Huhu. Leaving classmates, FB mates, cekgus yang lawok-lawok, nasi ayam cafe yang tip top, blok C tempat aku soyup (solat dalam cube). Bukan rubic cube OK. Cube tu dorm la kalau dalam bahasa Beseri. Huhu. Paling penting, tinggalkan PERLIS yang tercinta. Best woe dok Perlis. Pastu masuk SMK BANDAR BARU PERDA. Ahah. Sekolah aku masa PMR. Dapat jumpak kawan lama dan cekgus. Yeepie. Kat situ aku mula hidup baru pelajar SPM. 

Februari
 Aku start amik lesen moto. Ahah. Awal sangat tak ? Tapi sampai sekarang aku tak pegi sambung 'P' lagi. Hahah. Masa bulan 2 tue takde yang happening sangat. Cuma aku dapat number 1 dalam tingkatan. Alhamdulillah.And btw, aku bertengkar dengan abang aku secara besar-besaran. ish ish. Nasib sekarang dah OK. Alhamdulillah.

March
 Bulan 3 pun tak lah happening sangat. Fyi, aku join SCRABBLE CHAMPIONSHIP peringkat P. Pinang kat Perpustakaan Negeri. Hoho. Susah jugak la championship tue. Penat lagi. Ada 7 rounds semua. Hahah. Mak aih. Cina je yang dapat tempat awal-awal nieh. Takpela, experiences yang ada jadikan kita lebih hebat di masa hadapan, rite ?  Insha Allah, i will do my best! 

April


Hah. Bulan ni aku busy dengan ko-kurikulum. Bukan yang berlari ke sana ke sini tue ye, tapi aku busy jadi glam, hot, pop gitu. Dapat tawaran jadik artis! Ahah. Ngok la aku. Aku just jadi actor dalam hinglish drama la. Haha. Drama Peggy, 7 Pirates and Sea Monsters. Know what, aku pegang watak The Old Grunt =.= Anyway, aku enjoy jadi character nie. Huhu. Best sangat. Time ni, jarang masuk kelas. Keja melepak kat dewan ja. If ada yang tanya kenapa bersepah dewan nie, ada yang jawab " BUDAK DRAMA !" Hah. Tak guner punya bebudak. * Dasar tak sedar pembuat sampah. Anyway, we won the drama peringkat zon Permatang Pauh. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Semua actors dan actresses berperanan penting woot! 

Mei

Ni bukan bulan Mei Mei dalam citer Upin Ipin tu ye. Arghhh... suka suka! Bulan ni dah terasa bahang SPM. * Ya maih. Pisang goreng panas-panas. Mai mai singgah maih. Bulan ni yang paling best is koperasi bawak aku jalan-jalan ke PERLIS dan LANGKAWI. Team PKS berkunjung ke SMKAP la. Huhu. Paling best is aku lalu depan MRSM BESERI time nak pegi Gua Kelam. Waa .. rindunyer. Nampak sunyi je. Huhu. Gila syok aku time tue coz Team PKS PERDA dah tau kat mana MRSM BESERI. Haha. Kat Langkawi, dapat makan nasik lemak sambil rendam kaki dalam air laut. Haha. Best woe time tue! My mid-year exam jugak dah buat. keputusan tak memberangsangkan lah. Huhu.

Jun
Cuti cuti! Haha. Tapi tak terasa macam cuti coz aku baru pegi gerai pisang goreng untuk amik feel bahang SPM  =.= Anyway, HAPPY BIRTHDAY to aku sendiri, best friends aku dan HAPPY ANNIVERSARY ! Aiceh ... anniversary apakah itu? Haha. Anyway, drama kitorang dah sampai ke peringkat negeri. Huhu. Sayang sekali, kami tewas di situ.

Julai

 Bulan ni pun best jugak. Class rancang buat RUMAH HANTU untuk Hari Cokelat (Ko-Kurikulum). Huhu. Semua jadi hantu including me. Tapi sayang sekali aku tak dapat join coz takde transport ke sekolah ... maklumla .. hari Sabtu. Huhu. Anyway, tahniah kepada 5 Arif! Anyway, bulan ni jugak ada panggilan untuk ke PLKN. Alhamdulillah, aku tak dapat la. Haha. Syok ada, sedih pun ada. Takpelah, asalkan bahagia.  

Ogos
Selamat berpuasa! Haha. Syok la bulan Ramadhan nie. Tenang ja. Sekolah pun taklah bising. Haha. Semua menyimpan ATP. Fahamkah ATP? Bulan ni semakin bersemangat nak study. SPM pun tak berapa hari lagi je kan. Cuma kali nie tak dapat nak menyinggah kat gerai goreng pisang. Har har har. Raya pun tak happening macam selalu. Aku siap buat note kecik untuk subjek Biology lagi time tetamu mai rumah. Haha.* Bajet rajin ..mana nak tau satgi ada yang berkenan ka. :P

September 
TRIAL ! Bulan ni adalah bulan yang faling fenat. Giler. Aku tido lambat tetiap hari. Trial punya pasal. Huhu. Result aku hanyalah 5 A je. Hurm.. takpe lah. Alhamdulillah, asalkan dapat A pun jadilah. Huhu. Lepas-lepas trial tue, kelas dah tak bising macam dulu. Semua busy study. Cekgus terkezut gila. Haha. Siap boleh dengar bunyi cengkerik lagi. Adakah cengkerik siang-siang camnie? Aku plan study group with Vivian Tan and konco-konconya. Kitorang study merata. Haha. McD la, KFC la, food court Jusco la. Haha. Aku jugak join Kak Hajar, Balqish, Nabilah study at Masjid PERDA. Huhu. Memang fenat.

Oktober
 Cekgus dah busy bagi hand-out. Banyak gila weh. Rasa boleh buat kubu kat kelas nie. At last, paper tue semua jual. Haha. Untung-untung. Thanks cekgus. Cekgus debaboom! Bulan ni still busy study group. Huhu. Gemuruh jiwa, semangat membara nieh! SPM SPM ! Tido memang tak KENYANG! Bulan ni paling penat coz kena bahagi masa nak study and buat hand-out cikgu yang macam beras dalam kampit tue. 

November
Bargh! SPM 14 aribulan! Ya Allah. Cepatnya masa berlalu. Takpe takpe. Chillax. Hotak mung chillax. Alhamdulillah, aku tido lambat lagi sepanjang mingguss exam. Alhamdulillah jugak coz berjalan lancar, especially Kimia dan Fizik. Grr. Susah! Anyway, happy jawab paper Sejarah. Har har. Rasa macam jawab paper Sivik lah plak. 30 aribulan, horaaayyyyhh! Nikmat kebebasan terasa. 

Disember
 Dah mula mimpi tentang result la, rindu kawan dan cikgus la. Halahai. Tak best la jadi budak lepasan SPM. Nak sekolah lagi!  Bulan ni, aku hanya blogwalking dan Facebooking ja. Hahah. Ah, Twitter pon aku dah maju coz ada orang yang tolong ajarkan . Hehe. Aku jugak dok berdiet. Dah hampir 3 minggu aku tak makan nasik tau! Haha. Hebat hebat? Anyway, bulan ni paling best sebab ada pertunangan kakak tercinta, dan .... aku in relationship. Huhu. Ada saja lepas SPM ni. OK lah. Bubye. 

Thanks kepada yang membaca. :D

2 comments: