January 20, 2012

Cek Dah Dewasa





Ohoi. Selamat malam dan hai semua. I'm back. 

Korang mesti rindu aku kan? Haha. Melawak je OK. 

Anyway, tadi aku pegi haircut. Oh, dah lama mak aku membebel sebab rambut aku tak dicantas dengan sabit lagi sejak seploh tahun. Ahah. Melampau la sampai seploh tahun. So, aku pun berbuat demikian. Baru je bercadang nak simpan rambut sampai kembang ala-ala Crazy Einstein atau rambut cendawan Dr. Rozmey. 

Best la tailor butcher barber tue gunting rambut aku tadi. Ye lah. Dah ada orang tolong mainkan kepala, rasa ngantuk je. Haha. Tapi sayangnya dia tak pandai spray air kat rambut, dia spray kat muka hensem aku! Oh, baguslah. Tak bagi aku tidur ar tue?

And haircut aku seperti biasa adalah RM 5.00 tapi aku terkezut manusia bila aku dah dicaj RM 6.00! Bravo la barber -.- Dia macam tau-tau je yang aku dah abis sekolah and bukan budak sekolah lagi. And selama ni aku menunggu bila agaknya haircut aku akan jadik RM 6.00. Dari dulu sampai la Form 5 haircut aku masih RM 5.00. Oh wow!

 

Ada senarai harga dilekat siap-siap kat dinding :
Haircut + Mustard = RM 7.00
Haircut secara manual ( ditarah lembu ) = RM 2.55 
Haircut kanak-kanak = RM 5.00
Haircut Dewasa = RM 6.00

Oh wow! Dia masih anggap aku kanak-kanak walaupun aku dah besar gedabak Form 5! And macam tau-tau je aku dah tamat sekolah rite now. Oh, kau stalker terhebat!

So, arini aku balik dengan berjalan dan naik motokar sikal ala-ala orang dewasa + matured gitu. Padahal aku masih macam budak-budak hingusan lagi, walaupun sekarang ni aku selesema. The best is kawan aku cakap aku gedik. Apakah. OK2. U will meet the new Azizi. Ahah. Oh, bangganya aku dah dewasa. Hak2.

Mak! Cek Dah DEWASA! :D

2 comments: