February 21, 2012

Hukum Simpan Gambar Berlainan Jantina

Hei hei. Petang! Tak pegi berkebun ke ? Ha, kantoi. *cakap je lebih. 

OK awak-awak sekalian* dasar tak sedar diri. Fine! OK hangpa-hangpa semua. Baru-baru ni ada sorang hamba Allah call aku, and dia tanya :
Boleh tak kalau kita simpan gambar orang berlainan jantina ?

So, aku jawab TAK TAHU. Ye lah, aku mana expert bab-bab hukum-hakam ni. Lagi pulak, yang bertanya ni orang terpelajar dalam bab hukum-hakam. 


So, tadi aku try search kat internet, dan terjumpa satu website pasal hukum ni. Ni petikan dari website tu: 
Pada kebiasaannya, seseorang menyimpan gambar orang lain adalah untuk melihatnya. Jadi hukum menyimpan gambar seseorang dengan tujuan untuk melihatnya dari semasa ke semasa adalah sama hukumnya dengan hukum melihat kepada orang itu sendiri. Melihat kepada seseorang yang berlainan jantina adalah dibolehkan dengan syarat tidak melihat kepada auratnya dan tidak melihatnya dengan syahwat. Atau dengan lain perkataan tidak boleh melihat kepada aurat seseorang atau jika ia disertai dengan rasa syahwat walaupun melihat kepada bukan aurat. Aurat bagi wanita adalah keseluruhan badan kecuali muka dan tangan (hingga pergelangan tangan), manakala aurat lelaki adalah selain daripada antara pusat dan lutut. Perlu dinyatakan juga melihat kepada bukan aurat tetap tidak dibolehkan jika dibimbangi akan berlaku fitnah.
Maka hukum menyimpan gambar seseorang yang berlainan jantina dengan tujuan untuk melihatnya adalah sama dengan hukum di atas; iaitu jika gambar tersebut memperlihatkan aurat, maka haram melihatnya. Begitu juga (haram hukumnya) jika melihat kepada bukan aurat tetapi disertai dengan rasa syahwat yang boleh menyebabkan kepada perlakuan dosa dan maksiat.

Oleh itu, adalah lebih baik jika tidak menyimpan gambar seseorang yang berlainan jantina kerana dibimbangi akan membawa kepada perlakuan dosa dan maksiat daripadanya, dan mungkin juga boleh menyebabkan kemudaratan seperti menimbulkan rasa syak wasangka daripada seorang suami terhadap isteri atau sebaliknya yang akan menjejaskan hubungan antara mereka, sedangkan perkara itu sepatutnya tidak berlaku.
Kecuali jika penyimpanan gambar seseorang yang berlainan jantina itu dilakukan dengan sebab keperluan tertentu, seperti pihak majikan menyimpan semua gambar pekerjanya untuk tujuan pengenalan, keselamatan dan sebagainya, maka pada ketika ini dibolehkan pada kadarnya sahaja.
Wallahua’lam. SUMBER

3 comments: