February 04, 2012

Manusia Teragung Sepanjang Zaman

Waalaikumussalam kepada yang bagi salam. Selamat malam btw.

OK. Memandangkan 12 Rabiul'awal telah memunculkan diri sebentar tadi, di sini aku nak ucapkan 
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN BAGINDA RASULULLAH SAW
Tiada sesapa yang dapat menggantikan tempat Rasulullah SAW sebagai manusia yang teragung sepanjang zaman. Kelahiran baginda ke dunia yang fana ini membawa sejuta cahaya, sejuta erti, sejuta kebenaran.

Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Itulah kalam yang membawa kepada ajaran Islam. Sesungguhnya Islam adalah ajaran yang benar, memenuhi seluruh aspek kehidupan. Tiada satu pun ajaran yang sempurna melainkan Islam sahaja dengan bersaksikan Allah SWT sebagai Pencipta yang Maha Esa.

Biarpun beribu tentangan yang dihadapi oleh Baginda Rasulullah SAW, baginda tetpa tabah dan sabar kerana baginya orang yang menentang perjuangan baginda tidak tahu erti sebenar tentang Islam. Alangkah mulianya baginda.

Marilah kita sama-sama mengamalkan sunnah dan hadis Rasulullah agar kita memperoleh syafaat di hari kelak. Insya Allah. 



Click to enlarge 

1 comments: