February 06, 2012

Roti Sardin + Breadcrumb

Hai dan selamat malam. Azizi Said kembali! Gembira? Thumbs up untuk post nie. Hee. 

OK. Hari ni aku nak buat kelainan sikit. Asyik post pasal diri sendiri ja. Boring kan korang nak baca? So, dah sedia?

Resipi ni simple ja. Semua orang pernah buat. Aku buat sendiri tau. Hari-hari aku buat. Tapi bukan aku makan, aku jual. Hee. Tolong mak buat kuih untuk dijual. Alhamdulillah la, setakat ni keje abis je roti ni orang beli. 


Gambar hiasan

Bahan-bahan: 
  • Roti ( ikut korang lah nak pilih brand Gardenia ke apa, janji roti )
  • Serbuk Roti ( English: Breadcrumb) 
  • Tepung Gandum
  • Telur
  • Inti - bawang merah, sardin, cili padi, garam
Cara Buat:
  1. Gaulkan sardin dengan bawang merah dan cili padi yang korang dah potong. Garam secukup rasa. Dah siap inti korang ^^ 
  2. Sapu inti atas roti korang and then lipat roti tersebut. 
  3. Salut roti yang dah berinti tu dengan tepung gandum.
  4. Salut roti yang dah diintikan dan digandumkan dengan telur pulak.
  5. Salut roti yang dah diintikan, digandumkan dan ditelurkan dengan breadcrumb.
  6. Goreng sampai nampak perang-perang gitu. Hee.
  7. Oppss... baca bismillah dulu. Then, ngap! 
  8. Jangan lupa basuh pinggan! 

p/s: Kuantiti untuk tepung, telur, breadcrumb, roti atas korang sendiri. 

OK dah. OK lah tu aku share resipi. Hee. Nanti buat jual tau. ^^
Anyway, aku tak copy ye resipi ni. Aku type sendiri. Gambar je yang aku curik. 

OK bye. Assalamualaikum. 

3 comments: