February 23, 2012

#Spontaneous Thursday : I Love You, SHAKIRA !

Hang tau tak aku suka hang, SHAKIRA ? Sudahlah apabila menyanyi lunak merdu. Penampilan hang buat aku tertawan. Hati aku berbunga-bunga melihat hang di depan mata.

Dulu hang jual mahal dengan aku, aku pun sanggup beli untuk cinta aku. Tapi kenapakah sekarang hang dah jual murah pada orang lain ? Aku terasa mula benci pada hang tau tak. 

Macam ini hang buat pada aku SHAKIRA ? Sampai hati hang! Hang dah lukakan hati aku dengan M16 yang hang ada. Aku tau aku siapa. Tak payahlah sekejam itu untuk aku. 

Walaupun hang dah berada di genggaman aku, tapi banyak sungguh klon hang di luar sana. Aku tak sanggup melihat nasib yang sama jadi kat orang lain. 

Akhirnya, aku tahu yang hang taklah menarik mana pun. Tak banyak yang best boleh aku kenal dari hang sebab 
hang sekadar TELEFON PINTAR !!! 


Fahamkan ?  Sony Ericsson Xperia X8 ini orang gelar sebagai SHAKIRA. Tak tahu kenapa. Ini langsung tiada kaitan dengan mana-mana Shakira melainkan handphone Shakira ini sahaja.
Ini kes sebab aku beli mahal dulu, sekarang dah murah. *flip table*

8 comments: