March 25, 2012

Keputusan SPM 2011


Rindu aku tidak ? Maaf kerana lama tidak letak post yang baru. Rasa malas yang amat, tambah-tambah pula apabila kebanyakan rakan di Facebook seringkali mengumumkan keputusan SPM mereka sana-sini.

sing me to sleep | via Tumblr

So, I'm back. Baiklah. Keputusan peperiksaan aku tidak sama seperti orang lain. Tidaklah sehebat mana. 

Disebabkan keputusan ini, aku terpaksa tolak perubatan dan farmasi. Punahlah harapan aku. Biarlah. Asalkan aku bahagia. 

Pada mulanya memang tidak percaya dengan apa yang tercatat pada slip keputusan SPM, tetapi aku harus terima dengan seadanya. Rezeki aku hanya setakat itu sahaja. Mungkin Allah menyediakan peluang lain untuk aku teroka di universiti nanti, bukan ? 

Ini adalah keputusan peperiksaan aku: 

BM                             A+
BI                              A
SJ                             A
PI                              A
MATH                         A
+ MATH                      B
BIO                           B+                 
KIMIA                         B
FIZIK                         C+
TASAWUR                   A+

Alhamdulillah atas segalanya. Aku mungkin bersedih dengan keputusan peperiksaan yang aku telah peroleh akibat tahap kecemerlangan yang kurang menyerlah, tetapi bila difikirkan semula, masih ada di luar sana yang sedih dengan keputusan yang diterima, apatah masih ada yang ingin memasuki ke alam persekolahan tetapi tiada peluang akibat kurang pendapatan atau masalah lain. Aku sepatutnya bersyukur.

March 01, 2012

Cara Doa Dimakbulkan Allah

Selamat malam.

Sudah lama aku tidak berkunjung ke blog ini untuk meletakkan post yang baru. Bukanlah sibuk menjadi puncanya.

Sebenarnya aku telah kehilangan idea untuk meletakkan post di blog ini. Kasihan aku. Aku berhajat untuk letak freebies sahaja, tapi aku bukanlah pandai seperti kamu-kamu di luar sana.

Post pada kali ini, suka aku untuk berkongsi dengan anda semua tentang novel yang aku baca baru-baru ini, iaitu novel Syahadah Gadis Ateis. Sebenarnya, novel ini telahpun bearada di pasaran berkurun lamanya. Cuma aku sahaja yang baru baca. Dipinjam dari abang.  


Novel ini menarik dan berilmiahu. Sebenarnya, aku masih belum habis membacanya lagi. Sudah menjadi kebiasaan bagi aku, novel yang tidak bergambar selalu mengambil masa yang lama untuk dihabiskan.

Aku tertarik dengan perbualan dalam novel ni. Watak Nizam itu cakap :

Allah memakbulkan doa seseorang melalui 3 cara iaitu:

1. Menganugerahkan ketenangan kepada hamba-Nya sebelum hamba-Nya habis berdoa.
Anda pernah bukan ? Kalau berdoa semasa anda ada masalah, mesti anda akan rasa tenang sebelum anda sempat menghabiskan doa tersebut. Oleh itu, tak perlu melakukan yoga dan sebagainya. Rujuklan Allah sekiranya menghadapi kesulitan melalui doa, bukan YOGA.
2.  Mengilhamkan jalan-jalan keluar bagi menyelesaikan masalah dengan usahanya.
Selepas anda telahpun tenang melalui doa tadi, anda akan lakukan sesuatu, bukan? Anda secara tiba-tiba akan nampak jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Betul atau tidak? Ini dikira sebagai tawakal.
3.  Allah menganugerahkan kejayaan setelah kita berusaha selesaikan masalah.
Ini memang tepat sekali. Selepas anda bertawakal, anda akan dapat apa yang dikehendaki. Masalah anda selesai di situ.
Oleh itu, pentingnya anda untuk berusaha bagi selesaikan masalah yang dihadapi. Ya atau tidak ? Ini kerana dunia bukanlah syurga. Di syurga, anda boleh dapatkan apa sahaja yang anda kehendaki dalam sekelip mata. Tetapi di dunia, anda haruslah berusaha untuk dapatkan apa yang dikehendaki, atas kehendak Allah.