April 28, 2012

See You Di IPT


Peace ^^ 

Saja je aku letak title post macam tu. Alah, bila lagi nak pakai kan. Hehe. Masok IPT sekali je, insyaAllah. 






Hai kekawan dan sahabat handal aku, selamat maju jaya! Kita jumpak kat IPT ok. :)

April 27, 2012

Tutorial : Belajar Loghat Utara #3

Peace ^^

Aku nak sambung jadi cikgu loghat korang lagi. Haha. Jangan marah noh :p 

1. Reda/Surut = Seqeyat
cth: Hujan seqeyat satgi hang balik la.

2. Kurus = Kuquih
cth: Gila kuquih hang ni. 

3. Conteng = Contiang
cth: Hang ni memang suka contiang betoi la. 

4. Leka/Cuai = Qalet
cth: Bawak moto tu toksah dok qalet

5. Terseliuh = Terpele'ot
cth: Kaki aku terpele'ot sikit ja.

6. Tengahari = Qembang
cth: Tudia hang. Dah qembang pon dok tidoq lagi. 

7. Bangun = Mangkit
cth: Mangkit hoi. Qembang dah ni. 

8. Cubit = Kuteiy
cth: Aku kuteiy hang naya satgi. 

9. Kotor/Comot = Beqachaq
cth: Beqachaq kaki! Pi basoh dulu!

10. Panjat = Qagaih
cth: Toksah dok qagaih la pokok tu. 

11. Pedas = Pedaih 
cth: Tudia pedaih sambai belacan hang kak Biah oi.

12. Mulut muncung = Juih
cth: Toksah dok juih mulut hang kat aku. Cabai satgi baqu tau. 

13. Celupar = Celupaq/Capoi
cth: Mulut hang toksah dok celupaq sangat. Tampaq satgi kot. 

14. Hancing = Haqin
cth: Haqin nya hang. Kencing dalam seluaq pa ? 

15. Manis sungguh = Maneh melecaih 
cth: Uih. Maneh melecaih nya ayaq milo hang. 

16. Redah = Qandok
cth: Qandok ja ayaq ni. Bila lagi kita nak sampai. 

17. Panas baran = Peqongoih
cth: Hang ni jangan la dok peqongoih sangat. 

18. Ramas = Qamaih
cth: Hang pi qamaih kacang tanah tu sat.

19. Dukung = Kok-kong
cth: Mak, adik nak kok-kong

20. Gigit = Geqet
cth: Tudia. Habih wayar komputer aku kena geqet tikuih. 

Tutorial : Belajar Loghat Utara #2

Peace ^^

Aku nak sambung lagi ni. Haha. 

1. Boring = Cemuih / Jemu
cth: Cemuih aku dengan hang ni. 

2. Kelapa = Nyoq
cth: Azizi, pi panjat pokok nyoq sat. 

3. Bergaduh = Berkelaiyy
cth: Cikgu, ada oqang berkelaiyy kat belakang sekolah. 

4. Ekzoz = Enjoih
cth: Hai, jangan dok pi la kat enjoih tu.

5. Telefon = Tlipon
cth: Pinjam tlipon hang sat. Tlipon aku bateri kong la. 

6. Harum = Ngemboq 
cth: Pontianak Ngemboq Sundal Malam

7. Kasut = Kasuit (Perlis)
cth: Hang pakai kasuit sapa tu ? 

8. Kasut/Sandal/Slipper/But = Kasut
cth: Kasut sapa hang pakai tu? 

9. Roti/Biskut = Qoti
cth: Weh, hang ada qoti lagi dak ? 

10. Prank = Pekena/Pedajai
cth: Hang dok pi pekena/pedajai budak tu pasaipa ? Kesian dia. 

11. Malas/ Lambat = Mandom
cth: Gila mandom budak depan aku ni. 

12. Gigit = Tokak
cth: Hang kena tokak kat mana ? Mai aku nak sapu ubat.

13. Cakar = Cakaq/Qengau
cth: Mak, kucing tu cakaq/qengau cek. T_T

14. Bonggol (di jalan) = Gon
cth: Bawak leklok la kat gon tu. 

15. Kotor/Comot = Belemoih
cth: Hang pi main kat mana sampai belemoih macam ni ? 

16. Takut = Seqeyau
cth: Seqeyau aku aih nak jumpak dia. 

17. Ikhtiar = Qetiaq
cth: Cuba hang dok sat, qetiaq sat. 

18. Basah kuyup = Lokoih
cth: Hang pi main hujan pasaipa ? Lokoih habih! 

19. Basah = Lencun
cth: Dah sah la hang ni kencing malam. Habih lencun tilam oi. 

20. Muat = Celuih
cth: Mai la masok ke dalam lagi. Celuih aih. 

Tutorial : Belajar Loghat Utara #1


Peace ^^ 



Ohoi orang-orang kampung semua. Aku nak ajar korang macam mana nak kecek utara. * ait kecek ? Haha. Dahs edia nak berbelitkan lidah. Hewhew. Mai cek mai.

Actuali, loghat utara ni dah banyak orang yang terer-merer. Alah, apa lah sangat kan. 

1. Saya = Aku / Cek 
Aku: biasanya guna bila nak bercakap dengan kawan. 
cth -> Taufiq, aku makan ayam ni. Nak ? 

Cek: guna untuk cakap dengan family. 
cth -> Mak, cek nak ayam. ^^ 

2. Awak / Kamu = Hang
cth -> Woi budak, hang nak pi mana tu ? 

3. Kauorang = Hangpa
cth -> hangpa jadi ka nak buat event kat Jusco esok ? 

4. Mereka = Depa ( sebutan 'e' seperti sebutan 'e' dalam feri )
cth ->  Depa semua pi mana ? 

5. Pergi / Datang = Pi
cth -> Esok kita pi airport tau. Ada flashmob tu. Kita join la sekaki ^^ 

6. Mari = Mai
cth -> Kenduri hang bila ni ?  Tak sabaq aku nak mai makan nasik minyak. 

7. Basikal = Baskat / Gerek (gerek disebut seperti 'geqek' )
cth -> Pinjam baskat/gerek hang sat. Aku nak pi ambik adik aku kat sekolah dia. 

8. Sekejap = Sat
cth -> Weh, hang mai sini sat. Ada benda sikit aku nak settle dengan hang. 

9. Kejar = Ligan
cth -> Semalam aku pi ligan anjing kat kampung tu.

10. Kenapa = Awat / Pasaipa
cth -> Awat hang ni aku tengok pelan dok tinggi ? 

11. Marah = Bebai
cth -> Hang ni dok bebai kat aku pasaipa ? 

12. Degil = Ketegaq 
cth -> Awat hang ni ketegaq sangat ? 

13. Beritahu = Habaq
cth -> Mai sini aku nak habaq kat hang. 

14. Selekoh / Corner = Kona
cth -> Padan muka hang. Keja dok kona sana, kona sini ja. 

15. Sekarang = La
cth -> Hang mai Jusco la ni jugak. 

16. Kekasih = Marka
cth -> Marka hang tu sekolah kat mana ? 

17. Siapa = Sapa
cth -> Sapa marka hang tu ? 

18. Duduk/Tinggal = Dok
cth -> Marka hang tu dok kat mana ? 

19. Air = Ayaq
cth -> Adik nak order ayaq apa ? 

20. Menjerit / Menangis = Qeyau
cth -> Anak hang tu dok qeyau ja. Apa pasai ? 

Ubah

Sihat ? Alhamdulillah. 

Aku rasa buat post yang berilmiah tak mendatangkan masalah kan ? At least post ni mendatangkan function untuk korang. InsyaALLAH. 

MINUS YANG BIASA, ADD YANG BAIK

Benda ni langsung takde kena mengena dengan add friends dalam FB atau blog atau sewaktu dengannya ok. 

TOLAK : Bangun pagi giler malas sambil dok berseru sengsorang "OMG .. nak pegi kelas pulak! Hari-hari aku buat benda yang sama, boring arh!" Selimut ditarik semula. 

TAMBAH : Celik mata je terus berdoa, "Ya Allah, hari ni, lihatkanlah mataku kepada kebesaran-Mu, dengarkanlah telingaku kepada kalimah-Mu, ucapkanlah bibirku kepada memuji-Mu, indahkanlah perangaiku kepada apa yang Engkau perintahkan." 

---------------------------------------------------------------------

TOLAK : Berkhayal dalam kelas sambil mengutuk cikgu secara senyap-senyap, "Boring giler cikgu ni. Macam la aku ni jakun sangat tak tau benda-benda segala tok nenek ni." -.-

TAMBAH : Berwudhuk sebelum masuk kelas + doa, " Auzubillah .. jauhkanlah aku daripada godaan syaitan yang terkutuk penipuannya."

---------------------------------------------------------------------

TOLAK : Keja bergosip panas berperahsantan macam Melodi, " Buruk giler perangai.. ikut atok nenek dia lah tu!" 

TAMBAH : Banyakkan diam dan bercakap bila perlu + berdoa, " Ya Allah, dengan kasih sayang-Mu, perelokkanlah perangaiku dan orang di sampingku agar kami bersyukur dengan apa yang Engkau beri."

InsyaAllah. Harap post ni membantulah serba sedikit kan :) 

April 26, 2012

Top 10 Books In Malaysia

Peace ^^

Malam ni aku nak share dengan korang pasal buku-buku yang hot dan mendapat sambutan ramai di Malaysia. Alhamdulillah, buku-buku yang dapat sambutan ni kebanyakannya rujukan ilmiah. So, memang tak rugi kalau korang beli kan. 



Ubat,Doa & Penyembuhan Serta Khasiat Surah Al-Quran
Author : Ustaz Sharhan Safie
List price : RM 25.00


Straight A's Student: Secret Revealed: A Perfect Gift for Every Student
Author : Chin Wynn


Marketing Halal: Creating New Economy, New Wealth
Author : Liow Ren Jan & Jamil Bidin


Wisdom From Laughter
Author : Oh Teik Bin


Ensiklopedia Solat: Kombinasi Fakta Hukum dan Sains
Author : Datuk Haji Md Hashim Yahaya


101 Rekreasi Hati: Buat Diri Ku yang Mudah Lupa
Author : Dr Zahazan Mohamed; Nik Wafdi Nik Jaafar


A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad
Author : Tun Dr Mahathir Mohamad


Hotshots: 40 Years of Great News Images
Author : The Star


Barefoot Leadership: The Art and Heart of Going That Extra Mile
Author : Alvin Ung


Catalyzing For Change: A Financial Perspective
Author : Ahmad Husni Hanadzlah



Aku tak tau mana satu nak choose. Tapi aku rasa Ensiklopedia Solat dengan 101 Rekreasi hati amatlah menarik. Korang macam mana ? Hehe.


Seriously, aritu aku pegi kedai buku, tak jumpak langsung buku 101 Rekreasi Hati. Laku sungguh aih. 

World Famous Hot Springs

Peace ^^

Kali ni, aku nak share dengan korang pasal kolam air panas yang paling hot pop kat dunia. Ye lah kan, dah nama kolam air panas, mesti la kena hot sentiasa. So, sesapa yang perasan hot sila angkat kaki. Hee. 


Iceland : Negara paling banyak kolam air panas.

Nama dah ais, tapi paling banyak benda hot-hot. Hehe. Nak buat macam mana, semua adalah kuasa Allah. Iceland turut di-A.K.A-kan sebagai The Land of Fire and Ice. Ewah, macam tajuk novel kot. 

Terdapat plus minus 250 kolam air beralkali dan kolam terbesar mengeluarkan at least 200 liter air per saat. Wah. 




USA [Kolam Air Panas Mammoth, Taman Negara Yellowstone] : Kolam Air Panas Karbonat Terbesar

Ni takde kena mengena dengan Coca-Cola,Pepsi dan segala mak nenek yang berselirat dengan beliau. 

Air laut terperangkap bawah kawasan Mammoth time zaman kegemilangan gajah Mammoth dulu (-.-) membentuk batu kapur. Then, ada la spesis batu terhasil daripada kalsium karbonat. Bila cecair panas berasid meresap melalui spongebob lapisan batu ke permukaan, batu kapur then cair dan terbentuklah mendakan. Bila cecair berasid terdedah dengan udara, half karbon dioksida di-susu-sejat-kan dan membentuk teres/travertin. Bukan rumah teres mak cik korang ok. 

USA [Kolam Air Panas Grand Prismatic, Taman Negara Yellowstone] : Kolam Air Panas Paling Cun

Sangatlah unik sebab permukaan air kolam ni bertukar warna terang ikut season. Bukan sebab korang letak perencah Maggi Kari Ayam. Cari kawan? Kari Maggi -.- 



China [Kolam Air Panas Yangbaijing] : Kolam Air Panas Paling Tinggi

Paling tinggi a.k.a tiang seri rumah atok kawan korang. Berkedudukan 4300 m above sea level dengan suhu yang masyaAllah, 47 darjah Celsius. Fiuh. Jadi daging rebus macam ni. Tetiba teringat mak aku masak sup daging tadi. Fuh. -.- Logiklah kan, hot springs. 

China [Kolam Air Panas Arxan] : Kolam Air Panas Paling Sejuk

LOL. Baik tak payah letak nama kolam air panas. Kan bagus kalau letak nama kolam ais tiub macam yang korang beli kat kedai Mak Timah tu, ala, yang sebungkus RM 1.00 tu. Agak-agaknya ni kolam sponsor dari Mak Timah tak. Ouh, bangganya aku. 

Suhu paling panas kat kolam ni adalah 48 darjah Celsius manakala paling sejuk pulak boleh mencecah 1 darjah Celsius. 

Jepun [Taman Monyet Jigokudani] : Kolam Air Panas Paling Banyak Monyet

Is it a kind of joke ? Baguslah. Kolam air panas tu dah tak nama kolam air panas. Nama monyet diiktiraf kat situ. King of the air panas kan. So, korang mandi lah bekas monyet tu. Erk. Geli satu badan aku. Ada populasi monyet macaque Jepun. Monyet tu mandi air panas lettew. Kau percaya ? Hehe. Takpe la. Asalkan monyet tu bahagia. 

April 25, 2012

Battleship

Peace ^^ 



Petang tadi aku baru je pegi buat kecoh kat Golden Screen Cinema (GSC) Sunway Carnival Mall. Maklumlah, abang long nak lawat kawasan -.- And wow! Memang gempaklah citer ni. Fiuh, tadi rugi tiket RM14.00 aku -.- 

Citer ni aku rated sebagai 5 stars sebab :
  1. Jalan citer dia sangat best. Takde part yang membosankan. Memang kepalahotak diorang geliga giler nak buat citer ni. Pinjam hotak kau boleh ? Hehe. 
  2. Battleship ni memang betul-betul battleship. Kau tak percaya ? Try la tonton movie dia secara 2D. Nasib bukan 3D tau. Kalau tak, dah berapa banyak bom yang meletop depan korang haha.
  3. Ada unsur-unsur sains fiksyen. So sesuailah kepada yang minat sains fiksyen kan. 
  4. Sesuai untuk jantan dan betina haha. Aku rasa walaupon citer ni perang-perang atas laut, tapi ada je kaum hawa kat dalam wayang tu :p so sesuailah. 
  5. Paling penting, dia ada sebut MALAYSIA dalam tu. Fiuh. Bangga teroih jadi rakyat Malaysia :D masok jugak nama negara aku dalam filem antarabangsa ye :D Kau bangga tak wahai penduduk Malaysia ? :| 

Aku pon rasa nak tengok lagi citer ni. Best giler kot. Dah plan dah tu dengan member nak keluar ari Ahad ni. Wow -.- melayang lagi lah duit aku. 
 So, go go go. Jangan lepaskan peluang kegangsaan ini! Rugi tau tak tengok citer ni. Aicehh aku. Macam la berjawatan promoter antarabangsa. Takpe la. Sekali sekala nak pop. BHAHA. Kfine. Abaikan aku -.-



Sesapa yang minat Rihanna tu, boleh lah tengok dia berlakon for the first time. Aku nampak Rihanna .. biasa je. Aku bukan peminat dia pon kan. Hehe.

Kini Aku Kembali


Rindunya aku pada blog ini. Sekian lama tidak letak post baru. 
Maaflah sebab kau terpaksa tunggu lama. Sebenarnya kau tunggu untuk apa? Saja nak tunjuk bahawa kau itu romantik? *haha*


Apakah yang sedang aku merepek ini? Shut the kucing up! Baiklah. Sekarang kembali dengan new look. Penat mengedit semalaman ini, macam nak buat ayam perap pula.

Kali ini aku ikut Kak Lyssa, guna template SIMPLE, dan ternyata lebih simple dan kacak lagi. Cemburu atau tidak? Maaflah sebab mengelabukan mata kau. Kelabu ini barulah nampak seperti blogskin sikit. *eh* 

Aku jarang letak post baru sebelum ini mungkin disebabkan :
  1. Rasa malas yang membuak-buak. Kau ingat ini jenis marah sahajakah?
  2. Idea lari. Ya, tiap-tiap kali aku nak post, idea aku lari keluar pintu pagar kubur di sebelah rumah aku. Baguslah. IDEA YANG TERKUBUR.
  3. Sibuk sedikit. Nak mohon biasiswa, cari kolej untuk sambung pelajaran yang seterusnya, itulah, inilah, faham-fahamlah. 
  4. Tiada mood aku lihat template blog aku yang pakai blogskin itu. Pakai design orang, mana ada feel nak buat post baru. Nampak macam bukan blog kita.
  5. Semua di atas. Sila baca semula.

Alhamdulillah. Terpost juga akhirnya.