April 25, 2012

Battleship

Peace ^^ 



Petang tadi aku baru je pegi buat kecoh kat Golden Screen Cinema (GSC) Sunway Carnival Mall. Maklumlah, abang long nak lawat kawasan -.- And wow! Memang gempaklah citer ni. Fiuh, tadi rugi tiket RM14.00 aku -.- 

Citer ni aku rated sebagai 5 stars sebab :
  1. Jalan citer dia sangat best. Takde part yang membosankan. Memang kepalahotak diorang geliga giler nak buat citer ni. Pinjam hotak kau boleh ? Hehe. 
  2. Battleship ni memang betul-betul battleship. Kau tak percaya ? Try la tonton movie dia secara 2D. Nasib bukan 3D tau. Kalau tak, dah berapa banyak bom yang meletop depan korang haha.
  3. Ada unsur-unsur sains fiksyen. So sesuailah kepada yang minat sains fiksyen kan. 
  4. Sesuai untuk jantan dan betina haha. Aku rasa walaupon citer ni perang-perang atas laut, tapi ada je kaum hawa kat dalam wayang tu :p so sesuailah. 
  5. Paling penting, dia ada sebut MALAYSIA dalam tu. Fiuh. Bangga teroih jadi rakyat Malaysia :D masok jugak nama negara aku dalam filem antarabangsa ye :D Kau bangga tak wahai penduduk Malaysia ? :| 

Aku pon rasa nak tengok lagi citer ni. Best giler kot. Dah plan dah tu dengan member nak keluar ari Ahad ni. Wow -.- melayang lagi lah duit aku. 
 So, go go go. Jangan lepaskan peluang kegangsaan ini! Rugi tau tak tengok citer ni. Aicehh aku. Macam la berjawatan promoter antarabangsa. Takpe la. Sekali sekala nak pop. BHAHA. Kfine. Abaikan aku -.-



Sesapa yang minat Rihanna tu, boleh lah tengok dia berlakon for the first time. Aku nampak Rihanna .. biasa je. Aku bukan peminat dia pon kan. Hehe.

1 comments: