April 25, 2012

Kini Aku Kembali


Rindunya aku pada blog ini. Sekian lama tidak letak post baru. 
Maaflah sebab kau terpaksa tunggu lama. Sebenarnya kau tunggu untuk apa? Saja nak tunjuk bahawa kau itu romantik? *haha*


Apakah yang sedang aku merepek ini? Shut the kucing up! Baiklah. Sekarang kembali dengan new look. Penat mengedit semalaman ini, macam nak buat ayam perap pula.

Kali ini aku ikut Kak Lyssa, guna template SIMPLE, dan ternyata lebih simple dan kacak lagi. Cemburu atau tidak? Maaflah sebab mengelabukan mata kau. Kelabu ini barulah nampak seperti blogskin sikit. *eh* 

Aku jarang letak post baru sebelum ini mungkin disebabkan :
  1. Rasa malas yang membuak-buak. Kau ingat ini jenis marah sahajakah?
  2. Idea lari. Ya, tiap-tiap kali aku nak post, idea aku lari keluar pintu pagar kubur di sebelah rumah aku. Baguslah. IDEA YANG TERKUBUR.
  3. Sibuk sedikit. Nak mohon biasiswa, cari kolej untuk sambung pelajaran yang seterusnya, itulah, inilah, faham-fahamlah. 
  4. Tiada mood aku lihat template blog aku yang pakai blogskin itu. Pakai design orang, mana ada feel nak buat post baru. Nampak macam bukan blog kita.
  5. Semua di atas. Sila baca semula.

Alhamdulillah. Terpost juga akhirnya.

0 comments: