April 27, 2012

Tutorial : Belajar Loghat Utara #1


Peace ^^ 



Ohoi orang-orang kampung semua. Aku nak ajar korang macam mana nak kecek utara. * ait kecek ? Haha. Dahs edia nak berbelitkan lidah. Hewhew. Mai cek mai.

Actuali, loghat utara ni dah banyak orang yang terer-merer. Alah, apa lah sangat kan. 

1. Saya = Aku / Cek 
Aku: biasanya guna bila nak bercakap dengan kawan. 
cth -> Taufiq, aku makan ayam ni. Nak ? 

Cek: guna untuk cakap dengan family. 
cth -> Mak, cek nak ayam. ^^ 

2. Awak / Kamu = Hang
cth -> Woi budak, hang nak pi mana tu ? 

3. Kauorang = Hangpa
cth -> hangpa jadi ka nak buat event kat Jusco esok ? 

4. Mereka = Depa ( sebutan 'e' seperti sebutan 'e' dalam feri )
cth ->  Depa semua pi mana ? 

5. Pergi / Datang = Pi
cth -> Esok kita pi airport tau. Ada flashmob tu. Kita join la sekaki ^^ 

6. Mari = Mai
cth -> Kenduri hang bila ni ?  Tak sabaq aku nak mai makan nasik minyak. 

7. Basikal = Baskat / Gerek (gerek disebut seperti 'geqek' )
cth -> Pinjam baskat/gerek hang sat. Aku nak pi ambik adik aku kat sekolah dia. 

8. Sekejap = Sat
cth -> Weh, hang mai sini sat. Ada benda sikit aku nak settle dengan hang. 

9. Kejar = Ligan
cth -> Semalam aku pi ligan anjing kat kampung tu.

10. Kenapa = Awat / Pasaipa
cth -> Awat hang ni aku tengok pelan dok tinggi ? 

11. Marah = Bebai
cth -> Hang ni dok bebai kat aku pasaipa ? 

12. Degil = Ketegaq 
cth -> Awat hang ni ketegaq sangat ? 

13. Beritahu = Habaq
cth -> Mai sini aku nak habaq kat hang. 

14. Selekoh / Corner = Kona
cth -> Padan muka hang. Keja dok kona sana, kona sini ja. 

15. Sekarang = La
cth -> Hang mai Jusco la ni jugak. 

16. Kekasih = Marka
cth -> Marka hang tu sekolah kat mana ? 

17. Siapa = Sapa
cth -> Sapa marka hang tu ? 

18. Duduk/Tinggal = Dok
cth -> Marka hang tu dok kat mana ? 

19. Air = Ayaq
cth -> Adik nak order ayaq apa ? 

20. Menjerit / Menangis = Qeyau
cth -> Anak hang tu dok qeyau ja. Apa pasai ? 

0 comments: