April 27, 2012

Tutorial : Belajar Loghat Utara #2

Peace ^^

Aku nak sambung lagi ni. Haha. 

1. Boring = Cemuih / Jemu
cth: Cemuih aku dengan hang ni. 

2. Kelapa = Nyoq
cth: Azizi, pi panjat pokok nyoq sat. 

3. Bergaduh = Berkelaiyy
cth: Cikgu, ada oqang berkelaiyy kat belakang sekolah. 

4. Ekzoz = Enjoih
cth: Hai, jangan dok pi la kat enjoih tu.

5. Telefon = Tlipon
cth: Pinjam tlipon hang sat. Tlipon aku bateri kong la. 

6. Harum = Ngemboq 
cth: Pontianak Ngemboq Sundal Malam

7. Kasut = Kasuit (Perlis)
cth: Hang pakai kasuit sapa tu ? 

8. Kasut/Sandal/Slipper/But = Kasut
cth: Kasut sapa hang pakai tu? 

9. Roti/Biskut = Qoti
cth: Weh, hang ada qoti lagi dak ? 

10. Prank = Pekena/Pedajai
cth: Hang dok pi pekena/pedajai budak tu pasaipa ? Kesian dia. 

11. Malas/ Lambat = Mandom
cth: Gila mandom budak depan aku ni. 

12. Gigit = Tokak
cth: Hang kena tokak kat mana ? Mai aku nak sapu ubat.

13. Cakar = Cakaq/Qengau
cth: Mak, kucing tu cakaq/qengau cek. T_T

14. Bonggol (di jalan) = Gon
cth: Bawak leklok la kat gon tu. 

15. Kotor/Comot = Belemoih
cth: Hang pi main kat mana sampai belemoih macam ni ? 

16. Takut = Seqeyau
cth: Seqeyau aku aih nak jumpak dia. 

17. Ikhtiar = Qetiaq
cth: Cuba hang dok sat, qetiaq sat. 

18. Basah kuyup = Lokoih
cth: Hang pi main hujan pasaipa ? Lokoih habih! 

19. Basah = Lencun
cth: Dah sah la hang ni kencing malam. Habih lencun tilam oi. 

20. Muat = Celuih
cth: Mai la masok ke dalam lagi. Celuih aih. 

0 comments: