April 27, 2012

Tutorial : Belajar Loghat Utara #3

Peace ^^

Aku nak sambung jadi cikgu loghat korang lagi. Haha. Jangan marah noh :p 

1. Reda/Surut = Seqeyat
cth: Hujan seqeyat satgi hang balik la.

2. Kurus = Kuquih
cth: Gila kuquih hang ni. 

3. Conteng = Contiang
cth: Hang ni memang suka contiang betoi la. 

4. Leka/Cuai = Qalet
cth: Bawak moto tu toksah dok qalet

5. Terseliuh = Terpele'ot
cth: Kaki aku terpele'ot sikit ja.

6. Tengahari = Qembang
cth: Tudia hang. Dah qembang pon dok tidoq lagi. 

7. Bangun = Mangkit
cth: Mangkit hoi. Qembang dah ni. 

8. Cubit = Kuteiy
cth: Aku kuteiy hang naya satgi. 

9. Kotor/Comot = Beqachaq
cth: Beqachaq kaki! Pi basoh dulu!

10. Panjat = Qagaih
cth: Toksah dok qagaih la pokok tu. 

11. Pedas = Pedaih 
cth: Tudia pedaih sambai belacan hang kak Biah oi.

12. Mulut muncung = Juih
cth: Toksah dok juih mulut hang kat aku. Cabai satgi baqu tau. 

13. Celupar = Celupaq/Capoi
cth: Mulut hang toksah dok celupaq sangat. Tampaq satgi kot. 

14. Hancing = Haqin
cth: Haqin nya hang. Kencing dalam seluaq pa ? 

15. Manis sungguh = Maneh melecaih 
cth: Uih. Maneh melecaih nya ayaq milo hang. 

16. Redah = Qandok
cth: Qandok ja ayaq ni. Bila lagi kita nak sampai. 

17. Panas baran = Peqongoih
cth: Hang ni jangan la dok peqongoih sangat. 

18. Ramas = Qamaih
cth: Hang pi qamaih kacang tanah tu sat.

19. Dukung = Kok-kong
cth: Mak, adik nak kok-kong

20. Gigit = Geqet
cth: Tudia. Habih wayar komputer aku kena geqet tikuih. 

2 comments: