April 26, 2012

World Famous Hot Springs

Peace ^^

Kali ni, aku nak share dengan korang pasal kolam air panas yang paling hot pop kat dunia. Ye lah kan, dah nama kolam air panas, mesti la kena hot sentiasa. So, sesapa yang perasan hot sila angkat kaki. Hee. 


Iceland : Negara paling banyak kolam air panas.

Nama dah ais, tapi paling banyak benda hot-hot. Hehe. Nak buat macam mana, semua adalah kuasa Allah. Iceland turut di-A.K.A-kan sebagai The Land of Fire and Ice. Ewah, macam tajuk novel kot. 

Terdapat plus minus 250 kolam air beralkali dan kolam terbesar mengeluarkan at least 200 liter air per saat. Wah. 




USA [Kolam Air Panas Mammoth, Taman Negara Yellowstone] : Kolam Air Panas Karbonat Terbesar

Ni takde kena mengena dengan Coca-Cola,Pepsi dan segala mak nenek yang berselirat dengan beliau. 

Air laut terperangkap bawah kawasan Mammoth time zaman kegemilangan gajah Mammoth dulu (-.-) membentuk batu kapur. Then, ada la spesis batu terhasil daripada kalsium karbonat. Bila cecair panas berasid meresap melalui spongebob lapisan batu ke permukaan, batu kapur then cair dan terbentuklah mendakan. Bila cecair berasid terdedah dengan udara, half karbon dioksida di-susu-sejat-kan dan membentuk teres/travertin. Bukan rumah teres mak cik korang ok. 

USA [Kolam Air Panas Grand Prismatic, Taman Negara Yellowstone] : Kolam Air Panas Paling Cun

Sangatlah unik sebab permukaan air kolam ni bertukar warna terang ikut season. Bukan sebab korang letak perencah Maggi Kari Ayam. Cari kawan? Kari Maggi -.- 



China [Kolam Air Panas Yangbaijing] : Kolam Air Panas Paling Tinggi

Paling tinggi a.k.a tiang seri rumah atok kawan korang. Berkedudukan 4300 m above sea level dengan suhu yang masyaAllah, 47 darjah Celsius. Fiuh. Jadi daging rebus macam ni. Tetiba teringat mak aku masak sup daging tadi. Fuh. -.- Logiklah kan, hot springs. 

China [Kolam Air Panas Arxan] : Kolam Air Panas Paling Sejuk

LOL. Baik tak payah letak nama kolam air panas. Kan bagus kalau letak nama kolam ais tiub macam yang korang beli kat kedai Mak Timah tu, ala, yang sebungkus RM 1.00 tu. Agak-agaknya ni kolam sponsor dari Mak Timah tak. Ouh, bangganya aku. 

Suhu paling panas kat kolam ni adalah 48 darjah Celsius manakala paling sejuk pulak boleh mencecah 1 darjah Celsius. 

Jepun [Taman Monyet Jigokudani] : Kolam Air Panas Paling Banyak Monyet

Is it a kind of joke ? Baguslah. Kolam air panas tu dah tak nama kolam air panas. Nama monyet diiktiraf kat situ. King of the air panas kan. So, korang mandi lah bekas monyet tu. Erk. Geli satu badan aku. Ada populasi monyet macaque Jepun. Monyet tu mandi air panas lettew. Kau percaya ? Hehe. Takpe la. Asalkan monyet tu bahagia. 

2 comments: