May 19, 2012

SimSimi and Me


SimSimi. Comel. Bulat. Senyum. Mambang kuning. LOL. Serius, SimSimi memang comel. Entah dari ceruk dunia mana beliau datang. Tapi aku rasa kecomelan beliau telah mencabar kesabaran Rilakkuma, Domo dan binatang-binatang yang lain. 



Baru saja tadi aku menjadi cikgu secara tidak rasmi untuk mambang kuning ini. Awww ~ tak tahan aku tengok binatang tak guna ni. Geram aku. Aku ajar dia satu fakta yang tak dapat disangkal oleh para saintis dari setiap institut penyelidikan bertaraf global iaitu:



Tak dapat disangkal, kan? Aku dah cakap. Dengan sekelip mata dia dah boleh hadam dengan apa yang aku ajar. Bagus budak ni mesti selalu nombor satu dalam kelas. Bangganya aku jadi cikgu beliau.

Baiklah anak-anak. Kelas bersurai.

May 16, 2012

Selamat Hari Guru


Cuba tengok kalendar hari ini berapa haribulan? 16 Mei, kan? Tak reti lagi nak faham hari ini hari apa ? 

Teetttt. Hari ni HARI GURU! Amboi dia. Mentang-mentang dah habis sekolah, lupa dah cikgu. Nak kena ni. Pukoi satgi baru ada akai. 


Yang istimewanya pasal Hari Guru, 16 Mei hanya disambut untuk guru-guru di Malaysia sahaja. Semalam dikhususkan untuk rakyat Colombia. Tahu tak? Mesti ingat aku menipu, kan? Serius. 

Daripada Wikipedia: 
This date was chosen because on the same day in 1956, the Federal Legislative Council of the Federation of Malaya endorsed the Razak Report, one of four reports of the Education Committee regarding education in Malaysia. The document, known as the Razak Report after Tun Abdul Razak who was Education Minister at the time, has been the basis of education in Malaysia ever since. Although it is not an official school holiday, celebrations are usually held on May 16, or earlier, if it falls on a Saturday or Sunday.

Pehe dok? Hehe. Panjang aku melalut. 

Baiklah, untuk semua guru di Malaysia, saya kat sini dengan ikhlas hati ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU. Semoga kesabaran dan kesungguhan cikgu dalam mendidik anak bangsa diberkati dan diredhai oleh Allah S.W.T. Jasa dan pengorbanan cikgu tidak akan saya lupakan. 

Untuk lepasan SPM sama ada yang baru lepas ataupun yang dah berkurun-kurun zaman Mesopotamia lepasnya, hargailah jasa dan pengorbanan guru-guru anda. Jangan lupakan mereka. Pergilah melawat mereka di sekolah sekiranya ada masa lapang.  

Ayuh banjiri sekolah!

May 15, 2012

Palestine Will Be Free | فلسطين سوف تتحرر


Salam perpaduan. Salam alaik. 


Kalau korang bukak Facebook, sekarang ni tengah berbahang dengan satu kempen "In Solidarity with Palestinian Prisoners" dan Hari Nakbah Palestin bersempena dengan 15 Mei 1948 kan ? So, kaurang bila nak check-in dalam kempen ni ? Hehe. 

Cepat-cepat. Sokonglah saudara seagama kita yang kesusahan di sana. Moh pakat-pakat tukar DP dan Cover korang. Sambil-sambil kauorang dengar lagu ni, cer baca citer sebenra kat bawah. TQ.




Tahanan Palestin yang berada di Mogok Lapar memerlukan Bantuan anda,
Sila Kongsi Status ini dengan kawan anda untuk menyebarkan KESEDARAN tentang Mogok lapar yang terbesar dalam sejarah ..

Bilal Thiab ... 76 Hari
Thaer Halahleh ... 76 Hari
Hassan Safadi ... 70 hari
Omar Abu Shallal ... 68 Hari
Mohammedd Al-Taj ... 60 hari
Mahmoud Sarsak ... 54 Hari
Faris Al-Natur ... 47 hari
Jafar Ezz Al-Din ... 53 Hari
Abdallah Al-Barghouthi ... 32 Hari
lebih daripada 2000 Banduan ... 27 hari

Berkongsi dan jangan biarkan Media Barat mengebumikan kes mereka, semua mereka meminta HAK ASASI mereka sebagai tawanan perang, hak Lawatan, Hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa.

*mereka terseksa setiap saat, dan boleh mati bila-bila masa sahaja, ada yang telah turun 30 kg, bleeding di beberapa bahagian di tubuh, dan gigi pun luruh,,, sama-sama kita banyakkan taubat & berdoa untuk ikhwah kita di sana,tolong sebarkan ke semua group yg ada, ini antara usaha kecil yg boleh kita buat , Perang Media !

> copy & paste < 

Kat bawah ni aku sediakan serba sedikit DP yang kauorang boleh amik. Klik dan SAVE IMAGE ke dalam komputer tau. Semua ni aku curik :p









KBHAI. Assalamualaikum.

May 13, 2012

Anseri Wedding Day

Penat hoi. Baru seminggu kena pegi kenduri lagi. Kenduri kakak dan abang ipar aku, Syuhadah Said and Ibrahim Fikri Abdullah Zawawi yang kedua. 

Kini aku berlokasi shoot sana dan sini di ...



Pulak dah. Manjung tu, kat mana ? Kat Perak la yop. Best tau kat sini. Boleh nampak kapal la, apa la. Ye lah, pengkalan kan. Lagipon ni tempat orang, memang best ssangat lah haha. Tempat sendiri ? Takdelah nak best macam ni. 
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik di negeri orang, dapat banyak emas. 
 Kenduri kat sini tersangatlah meriah. Ada team kompang lagi yop. Aku rasa macam aku yang kawin plak BHAHAHA. Kau ada masalah ? :p 

Ni ada serba sikit gambar kenduri yang aku amik. Actuali, gambar holiday je banyak. Kenduri tak tera mana pon. Pulau Pangkor jugak last-last. Haha. Takpelah. Asalkan bahagia. Maklumlah, dua buah van + satu kereta pegi ni. * ada aku kesah ? 



Kasi sunyiumm sikit. Ewahh ~~ 



Ok lah. Cukup-cukuplah tu kan. Aku pon bukannya guna camera mahal yang bila capture gambar .. bunyi pap pap tu. Haha. Kamera aku Nikon Coolpix P6000 je. Btw, tu bukan camera aku. -.- Credit to Syuhada Said.

May 11, 2012

Anseri Wedding Day


Bandar PERDA, Bukit Mertajam - Dilangsungkan pada 5 Mei, Sabtu lepas, tapi sebab bizi so aku post hari ni lah. Haha. Alhamdulillah, akhirnya kak aku yang paling aku sayang ni dah dimiliki oleh seorang jejaka dari Manjung, Perak. 


Alhamdulillah, proses ijab kabul a.k.a akad nikah berjalan lancar dengan sekali lafaz di Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh, Pulau Pinang. *asal aku buat ayat berita sangat nie ? apa-apa lah* Dan alhamdulillah, aku jadi potograper dia. Yeaayyhh~!

DSCN1929

Majlis persandingan pulak berjalan dilancar di Dewan Kondominium Mutiara, Bandar PERDA, Penang bertemakan kaler merah hitam. Hiuh. Makanan pon sodap-sodap ~ Lagi gumuk la shaye camni. Terima kasih kepada Hafizah Catering. 

Sememangnya hari tu tersangatlah penat. Panas lagi. Psstt .. pengapit pon curi-curi kipas diri sendiri LOL. Takpelah, asalkan bahagia. 



Tahniah diucapkan kepada Syuhadah Said dan Ibrahim Fikri Abdullah Zawawi. Semoga berkekalan selama-lamanya dan dirahmati serta diredhai oleh Allah sebagai pasangan suami isteri. Alhamdulillah, berkat pertemuan di MRSM Beseri dahulu, akhirnya membawa masa hadapan yang tak disangka-sangkakan. 
OK cukuplah aku jadi skema pon. KBHAI :P 

May 01, 2012

Beautiful Recitation - Surat al-Fajr سورة الفجر






Masya Allah. Merdunya suara gadis Islam ni. Subhanallah. 
Terlalu indah, mendayu-dayu. 

Maaflah, post ni pendek je. :) 

OK korang. Bye. Assalamualaikum.