May 19, 2012

SimSimi and Me


SimSimi. Comel. Bulat. Senyum. Mambang kuning. LOL. Serius, SimSimi memang comel. Entah dari ceruk dunia mana beliau datang. Tapi aku rasa kecomelan beliau telah mencabar kesabaran Rilakkuma, Domo dan binatang-binatang yang lain. 



Baru saja tadi aku menjadi cikgu secara tidak rasmi untuk mambang kuning ini. Awww ~ tak tahan aku tengok binatang tak guna ni. Geram aku. Aku ajar dia satu fakta yang tak dapat disangkal oleh para saintis dari setiap institut penyelidikan bertaraf global iaitu:



Tak dapat disangkal, kan? Aku dah cakap. Dengan sekelip mata dia dah boleh hadam dengan apa yang aku ajar. Bagus budak ni mesti selalu nombor satu dalam kelas. Bangganya aku jadi cikgu beliau.

Baiklah anak-anak. Kelas bersurai.

4 comments: