May 16, 2012

Selamat Hari Guru


Cuba tengok kalendar hari ini berapa haribulan? 16 Mei, kan? Tak reti lagi nak faham hari ini hari apa ? 

Teetttt. Hari ni HARI GURU! Amboi dia. Mentang-mentang dah habis sekolah, lupa dah cikgu. Nak kena ni. Pukoi satgi baru ada akai. 


Yang istimewanya pasal Hari Guru, 16 Mei hanya disambut untuk guru-guru di Malaysia sahaja. Semalam dikhususkan untuk rakyat Colombia. Tahu tak? Mesti ingat aku menipu, kan? Serius. 

Daripada Wikipedia: 
This date was chosen because on the same day in 1956, the Federal Legislative Council of the Federation of Malaya endorsed the Razak Report, one of four reports of the Education Committee regarding education in Malaysia. The document, known as the Razak Report after Tun Abdul Razak who was Education Minister at the time, has been the basis of education in Malaysia ever since. Although it is not an official school holiday, celebrations are usually held on May 16, or earlier, if it falls on a Saturday or Sunday.

Pehe dok? Hehe. Panjang aku melalut. 

Baiklah, untuk semua guru di Malaysia, saya kat sini dengan ikhlas hati ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU. Semoga kesabaran dan kesungguhan cikgu dalam mendidik anak bangsa diberkati dan diredhai oleh Allah S.W.T. Jasa dan pengorbanan cikgu tidak akan saya lupakan. 

Untuk lepasan SPM sama ada yang baru lepas ataupun yang dah berkurun-kurun zaman Mesopotamia lepasnya, hargailah jasa dan pengorbanan guru-guru anda. Jangan lupakan mereka. Pergilah melawat mereka di sekolah sekiranya ada masa lapang.  

Ayuh banjiri sekolah!

1 comments: