August 24, 2012

Cinta High-Class

Don't know what to do today. So, I discovered Solusi with theme of Pasrah dengan Istikharah. Through the pages, I found this interesting article written by Fatimah Syarha, graduated from IIUM and Syeikh Ahmad Kiftaro University, Damsyiq, Syria. The article did I get from the magazine was just the summary from the best-selling novel, Cinta High-Class. 

NOVEL BESTSELLER BELI ONLINE! 

So, I decided to put this article on my blog and credit to Fatimah Syarha and her husband, Dr. Farhan Hadi as well as Solusi. 

I'm too lazy to put this on English, Malay .. can I ? I considered it as yes :)

Dalam Islam terdapat satu bidang ilmu yang dinamakan sebagai fiqh al-awlawiyyat atau fiqah keutamaan. Ia merupakan satu panduan atau satu kaedah ke arah memahami perkara-perkara yang lebih utama dalam agama. Menurut Dr. Yusuf Al-Qadrawi, fiqh al-awlawiyyat diistilahkan sebagai meletakkan sesuatu sesuai pada peringkatnya dengan adil. Maksud adil di sini adalah adil sama ada dari segi hukum, nilai dan pelaksanaannya. 

Remaja sinonim dikaitkan dengan cinta. Cinta sesama manusia merupakan fitrah yang dianugerahkan Allah SWT kepada semua peringkat umur manusia. Namun, zaman remaja adalah kemuncaknya kerana berlaku pertukaran fasa kanak-kanak ke alam dewasa, apatah lagi peringkat remaja mencari identiti sebenar diri mereka sebelum melangkah ke alam dewasa. Ketahuilah, zaman remaja perlu diurus dengan baik dan atas jalan yang benar agar natijahnya kelak adalah sesuatu yang bukan sahaja mendatangkan kebaikan buat diri sendiri, tetapi mendamaikan hati ibu dan ayah serta mendapat keredhaan Allah SWT.

Cinta boleh dikategorikan kepada cinta biasa, cinta luar biasa dan cinta high-class. Cinta high class ialah perkara yang lebih baik.

1. Cinta Biasa
"Meow..". Seekor kucing jantan mengejar kucing betina dengan galak bunyi ngiauannya. Lebih nyaring dan panjang daripada biasa. Seperti haiwan, begitulah juga manusia. Wanita dan lelaki saling tertarik dan itu perkara biasa. Apabila ada sesuatu yang dipandang dan didengar yang dapat menarik perhatian seseorang, perkara itu akan membuatkan seseorang ingin mengetahui lebih lanjut tentangnya. Bukan sahaja tertarik, wanita dan lelaki juga difitrahkan dengan perasaan saling mencintai. Ia perkara biasa yang dialami orang ramai. Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah ini seperti menjadi rahib dan menolak perasaan cinta serta keinginan untuk berkahwin dengan alasan untuk mengelakkan diri daripada mendapat mudarat cinta. Sebaliknya, Islam menawarkan solusi terbaik iaitu pernikahan agar fitrah dapat disalurkan menjadi barakah. Itulah cinta biasa, perasaan yang sedia ada dan fitrah dalam hati setiap insan. 
2. Cinta Luar Biasa
Namun, cinta luar biasa tidak dinilai pada sehebat mana cara pertemuan pasangan tersebut, atau sejauh mana perhubungan cinta mereka diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Wanita dan lelaki yang dibuat tanpa kesedaran dan batasan dengan perasaan cinta ini, akan sanggup berkorban segala-galanya demi cinta. Bahkan mereka cuba membuktikan kepada dunia bahawa cinta mereka begitu mendalam dan luar biasa. Sedarkah mereka akan akibatnya ? Demi cinta, sanggup mengetepikan keluarga dan tinggal sekedudukan dengan si dia. Luar biasa! Demi cinta, bayi sanggup digugurkan dan dikisar di dalam blender. Luar biasa! Demi cinta, sanggup menelan racun dan terjun bangunan. Luar biasa! Demi cinta, hubungan cinta dan perkahwinan dibanjiri dengan kemewahan dan kekayaan yang melampau. Luar biasa! Semua itu luar biasa. Ya, luar biasa yang membawa binasa. Tanpa asas agama, maruah diri sanggup dikorbankan. Islam menutup pintu-pintu yang membawa kekejian untuk melindungi lelaki dan wanita daripada punca-punca keghairahan dan pencetus fitnah.
3. Cinta High Class
Wanita dan lelaki yang bercinta selepas nikah akan saling melengkapkan keperluan diri, pengetahuan dan agama pasangannya. Ini jauh lebih luar biasa dan dikategorikan sebagai cinta high class. Jika belum menikah, cinta menjadi high class apabila teruna dan dara saling tinggi mujahadah. Fahamkan si dia dengan cara yang benar serta kurangkan perjumpaan dan komunikasi. Ia hanya dibolehkan atas dasar urusan dan keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan. Jika di luar batas urusan, sekatlah kemahuan tersebut kerana ia bukan atas dasar keperluan yang benar-benar perlu. Dalam menilai antara keperluan dan kemahuan, mintalah fatwa dari hati. Hati yang sihat dan sejahtera dapat membezakan antara kebaikan dengan dosa. Kebaikan itu ialah perasaan tenang dalam hati. Dosa itu pula adalah perasaan was-was dan syak dalam hati. Nikmatilah indahnya saat menahan perasaan cinta dan rindu kerana apabila telah halal perhubungan itu, ia akan dipenuhi dengan pelbagai keterujaan. Daripada al-Nawwas bin Sam'an r.a, Baginda SAW menjawab apabila ditanya tentang kebajikan dan dosa, maksudnya: "Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa-apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya." (Riwayat Muslim). Terdapat juga hadis daripada Wasibah bin Ma'bad, beliau berkata: "Aku telah menemui Rasulullah SAW dan bertanya tentang kebajikan dan dosa. Lalu, Baginda bersabda yang bermaksud: 'Engkau datang kerana mahu bertanya tentang kebajikan?'. Aku menjawab: 'Ya'. Baginda bersabda, maksudnya: 'Himpunkan jari-jemarimu dan letakkan di dadamu. Lalu, mintalah fatwa daripada dirimu dan hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang membuatkan diri dan hati berasa tenang dengannya. Dosa itu pula ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak (keliru) di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan membenrkannya." (Riwayat Ahmad dan al-Darimi)

(print image) 

PELAN TINDAKAN

Kriteria cinta high class ialah:
  1. Cinta yang mendaulatkan Allah sebagai yang pertama
  2. Cinta kerana Allah
  3. Cinta yang bermujahadah melawan nafsu
  4. Cinta tanpa seteru ( menjaga hubungan sesama manusia - hablumminannas).
Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi berpesan mengenai cinta high class ini: " Pernikahan yang baik ialah pernikahan yang tiada halangan daripada kedua-dua pihak, ibu bapa, adat dan undang-undang." 
 
Cinta bukan hanya melibatkan dua pihak; lelaki dan perempuan sahaja. Cinta yang baik memelihara hubungan yang baik sesama amanusia (hablumminannas). Fikirkan tentang pernikahan yang berlaku tanpa wali, kahwin lari tanpa restu keluarga dan hubungan bebas sebelum berkahwin. Ia mungkin sah, tetapi adakah ia mencapai tahap high class ? Serapkan hablumminannas dalam cinta high class ini, moga-moga insan yang berada di sekeliling akan mendoakan keberkatan dalam rumah tangga yang akan dibina. 
 
Berdoalah agar memiliki cinta yang high class: "Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu serta amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikan cinta-Mu lebih aku cintai daripada diriku, keluargaku dan air yang sejuk (ketika panas terik)." (Riwayat al-Tirmizi)
 
Again. credit to Fatimah Syarha, Dr. Farhan Hadi and Solusi. 

0 comments: