August 24, 2012

Kegembiraan Seorang Lelaki

Tumblr_m991xmsz1y1reyl74o1_500_large 
 Kebanyakan rasa gembira bagi lelaki muncul daripada tiga punca: 
  1.  Perkara yang diminati atau kemenangan seperti sukan.
  2.  Perkara yang memuaskan seperti mendapat zuriat.
  3.  Perkara yang membanggakan seperti lulus.
Setiap kemenangan memerlukan perjuangan. Sebab itulah ada pepatah mengatakan: "Tiada kejayaan tanpa perjuangan." Malah setiap perjuangan mesti ada titik peluhnya kerana berusaha dengan keras yang tidak berbelah bagi. Barulah akhirnya lahir perasaan gembira.
 
Setiap kepuasan memerlukan kesabaran. Sifat sabar dapat membentuk jiwa lelaki menghadapi kerenah isteri tercinta sepanjang tempoh mengandungkan zuriatnya. Dengan itu, setiap kemuncak kesabaran itu ialah kepuasan. 
 
Setiap kebanggaan memerlukan kebijaksaan. Seorang lelaki semestinya menginginkan otak yang cerdas dan bijak. Ini kerana kebiasaannya seorang lelaki cepat berfikir. Seterusnya mereka dapat menghadapai segala ujian dengan tenang. Maka, kegembiraan atas kelulusan tersebut milik lelaki. 
 
Apabila dirangkumkan ketiga-tiga perasaan gembira itu, maka terciptalah sebuah moto bagi seorang lelaki; kemenangan, kepuasan dan kebanggaan. Apa-apa pun, kembalikan ketiga-tiganya itu kepada Allah SWT yang telah memberi pinjaman kecil perasaan itu. Alhamdulillah. 
 
Simbolik daripada kisah: 
Daripada Abu Umamah al-Bahili RA, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang bersukacita dengan kebaikannya dan berdukacita dengan keburukannya, dia seorang Mukmin." (Riwayat Ahamd dan al-Hakim)
Credit to Solusi

0 comments: