August 14, 2012

Me at KMPP


Korang tau ke bende tu KMPP ? KMPP tu Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Alhamdulillah, aku dapat sambung belajar kat situ sejak 28 Mei lepas. Lama kan baru nak update blog ? Hampeh betol Azizi Said ni.

Sebenarnya life kat matriks ni best la jugak. Tapi agak tension lah. Ye lah, kau study kat mana pun tension mesti ada. Mentor aku, Puan Laili Syahidah bt Mohd Asin cakap stress itu baik sebenarnya, tapi jangan overstress. Betul jugak apa yang beliau cakap. Dengan stress, kita rasa bersemangat nak study dan kejar apa yang tertinggal dan at least beat orang tu dan ini. See ? :)

Disebabkan itu, practicum-mate aku mula cakap aku ni 'budak pandai'. Sampai ada yang cakap diorang jeles dengan aku sebab aku macam pandai je dalam semua subjek. Walaweh. Takdenye aku pandai. Sebenarnya aku takut dengan diorang. So aku push and push diri aku sendiri. 
Tapi keadaan amatlah menyedihkan bila aku banyak cuai dalam UPS.TT^TT actually, soalan dia senang giler, tapi aku terlebih excited nak jawab, so serve it right.
 Aku giler enjoy study kat matriks. Lecturer semua baik belako deh. *terkeluar dah klate ambo. Actually, aku baru belajar kecek kelate ^^ hehe. Lecturer kat sini semua aku panggil cikgu je. Sebab diorang yang suruh buat macam tu. Diorang cakap matriks ni macam selangkah nak ke universiti, sebelah kaki di sekolah lagi dan sebelah kaki lagi di universiti. Matriks ni macam perantaraan la. So, thats why diorang suruh panggil cikgu je :)

Ditambah pulak dengan kehadiran kawan-kawan lama aku dari SMK Bandar Baru PERDA, SMS Kepala Batas dan MRSM Beseri, ada jugak dari SK Permatang To' Kandu, even ada cikgu aku dari sekolah rendah pun dah jadi lecturer kat KMPP. 

Aku dapat kawan-kawan baru dari practicum-mate/ classmate dengan roomate. Memang best lah diorang. Kat diorang lah aku blaja kecek kelate. Hehe. Ditambah pulak dengan kehadiran 'Aisyah dalam practicum aku, fuhhh, bising satu kuliah.


Oh by the way, jadual belajar kat matriks ni terbahagi kepada 3; kuliah, tutorial, amali. Kuliah cikgu mengajar teori dan sometimes calculations, kelas tutorial adalah kelas untuk kita practice itu ini untuk faham lagi dan lagi, manakala amali pulak adalah kelas eksperimen, alah macam time korang buat PEKA kat sekolah tu, macam tu lah.



Gambar kat atas ni pulak adalah gambar kitorang time Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) bersama fasilitator kitorang, Kak Zarikha. Serius aku cakap, fasi-fasi time MPPB ni sangat best weh. Sporting giler. Tak cepat melenting dan tak membuli. Even ada cikgu cakap, matriks takde buli-membuli tetapi untuk berkasih sayang. Haha. Lawak betul lah.  Alhamdulillah, at least kehadiran fasi-fasi ni membangkitkan semangat kitorang nak belajar kat sini. Hehe. Terima kasih fasi :) 

Ok dah la. Dah nak masuk waktu berbuka puasa ni. Bye semua. Assalamualaikum.

4 comments: