August 25, 2012

Panduan Mengerjakan Solat Sekiranya Telah Lama Meninggalkannya

Aku asyik letak post Islamik je kan. Takpe lah. Sambil-sambil aku letak post ini, aku jugak sedar akan kelemahan diri. Bukanlah aku perfect sangat, cuma nak kongsi setakat mana yang mampu. Tangan yang menaip ini mewakili lidah. 

Tajuk post ni aku takde perli sape-sape. Aku letak post ni sebagai kesedaran aku sendiri dan anda yang sedang membaca kerana aku sendiri kadang-kadang lalai dari mengingati Allah. Astaghfirullah. Diharapkan post ni dapat membantu setakat yang mampu. 

 

1. Kesedaran amat penting sebagai muqaddimah untuk kembali mengerjakan solat secara konsisten. Kesedaran lahir dari hati yang masih ingin berubah demi kesejahteraan dunia dan akhirat. 

2. Azam.  Sebaik kesedaran wujud, tanamkan azam yang kuat dan bulatkan tekad untuk mengerjakan solat secara konsisten. Sekarang anda tahu apa sasaran anda.

3. Solat sekali dahulu, baru akan ada solat yang kedua. Ini adalah langkah pertama. Ingatlah, tiada solat kedua tanpa solat yang pertama dan seterusnya. 

4. Nota motivasi. Andai ada kata-kata semangat yang diilhamkan dalam minda dan hati, atau kata-kata motivasi daripada sesiapa jua yang boleh menghalang azam untuk kembali solat daripada terkubur, maka buatlah satu nota motivasi dan tampalkan di tempat yang mudah dilihat.

5. Fahami maksud dan bacaan dalam solat. Ini amat penting bagi merasakan kemanisan dalam solat. Kemanisan ini yang diharapkan akan menjadi ketagihan. 

6. Jangan tergesa-gesa dalam solat. Sebaliknya bersederhanalah dan ambillah sedikit masa untuk menghayati bacaan dan merasai nikmat sujud dan rukuk dalam solat.

7. Tingkatkan imaginasi. Semasa solat, bayangkan bahawa anda sedang menghadap Allah secara langsung tanpa sebarang tabir yang menghalang. Andai tidak mampu melakukan demikian, maka anggaplah bahawa Allah sedang melihat kamu.

8. Usaha dan doa perlu seiring. Kita sebagai manusia yang sering terdedah pelbagai ujian dan godaan amat memerlukan kekuatan untuk melawan semua godaan tersebut. Maka berdoalah mohon diberikan kekuatan untuk mengerjakan solat secara konsisten. 

9. Rasai ketenangan. Cuba perhatikan hari-hari yang anda lalui dengan mengerjakan solat. Dapatkan anda rasa satu ketenangan ? 

10. Rasakan keajaiban panggilan azan dengan diam sejenak dan hayati laungan keramat tersebut. Setersunya lantas bangun dan berwuduk. Berbahagialah dengan panggilan solat tersebut. 

11. Berfikir secara positif. Jangan sekali-kali berfikir bahawa solat akan mengehadkan masa anda bekerja, menghalang anda daripada bersosial dengan rakan-rakan dan sebagainya. Sebaliknya ia menjadi faktor kejayaan anda. Marilah menuju kejayaan. 

12. Dapatkan sokongan mental dan rohani dengan memberitahu rakan-rakan atau keluarga bahawa anda ingin konsisten mengerjakan solat. Moga mereka dapat menyumbang ke arah satu perubahan yang diidamkan. 

13. Setiap perkara pasti ada musuhnya. Musuh solat ialah nafsu dan syaitan. Oleh sebab itu, lawanlah rasa malas yang berakarkan nafsu dan godaan syaitan terkutuk.

14. Banyakkan bahan bacaan tentang solat bagi memastikan anda mempunyai ilmu yang sentiasa dikemas kini agar iman senang bercambah. Amal tanpa ilmu boleh layu akibat gersang akal tanpa ilmu.   

Credit to Solusi ◕‿◕
 

1 comments: