August 25, 2012

Qasidah .. Jalan Daa!

Semalam sebelum aku tidur, aku teringat satu kuih ni. Teringin giler weh nak makan. Tapi aku lupa nama kuih tersebut. So, lepas tonton Despicable Me secara online, aku kejutkan mak aku pada pukul 4.35 AM ( macam tu lah ) dan minta mak aku masakkan kuih tu. 

Aku: Mak, esok boleh tak buatkan kuih yang warna putih-putih tu, pastu kat atas dia letak bawang goreng? 
Mak: Kuih apa tu ?
Aku: Entahla, kuih apa tak tau. Lupa dah nama dia. 
Mak: Kuih yang mana ? confuse
Aku: Takpa lah mak. 
Mak: Ni pukoi berapa baru hang nak tidoq ? Hai. Dah nak dekat pukoi 5 dah ni !   

Aku: On the way, sat nak makan kuih kapal terbang ni. 

Bila aku bangun pagi, aku terus tanya mak aku sama ada mak aku tahu ke tak kuih yang aku explain tu. Dengan muka bangga, mak aku cakap .. kuih QASIDAH. Aku tersenyum bangga. That's it mom, that's it. Tambah-tambah pulak, mak aku cakap, "Mak dah siap masak dah pun. Tu kat atas meja." Aku ..  :OOO 



Terbaik la weh. Korang pernah makan ? Hehe. Biasanya, kuih ni popular kat utara je. Tak tahu lah kalau kat tempat korang pun ada kuih ni. Tapi takpe. Dalam banyak-banyak kuih, kuih yang mak aku buat adalah kuih yang paling sedap.  Problemos ? ^^

0 comments: