November 15, 2012

Hanya Post Biasa

Fuh. Tiup sawang labah-labah. 

Akhirnya kembali jua aku menghadap blog yang telah lama ditinggalkan. Maklumlah, sibuk. Sibuk lah katakan. Lagipun, dah hilang mood nak blogging. Selalunya masa dihabiskan dekat Tumblr je. Oh, jangan lupa follow Tumblr aku. 
http://just-azizi.tumblr.com
Dan, apa khabar antum sekalian ? Ana harap antum sekalian sihat walafiat di bawah rahmat Allah. Okay kali ni nak gantikan nama diri sebagai 'ana' lah pulak. Mood ana sekarang tengah agresif nak belajar Bahasa Arab. Mohon antum dapat beri ana tunjuk ajar. Maklumlah, ana tiada pendedahan dalam Bahasa Arab sangat. 

Tidak banyak yang ana ingin cerita kecuali kehidupan ana di matrikulasi, ya, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Alhamdulillah, ana telah menamatkan semester 1 dan sekarang ana bercuti dua minggu sebelum sambung ke semester 2 Program Satu Tahun (PST). Sekejap je dah habis semester 1. Masuk bulan Mei lepas dan sekarang dah bulan November. 

Macam biasalah. Ada je pahit dan manis yang kita perlu lalui dalam menempuh kancah kehidupan. Itulah yang membentuk peribadi kita. Ingat, Allah beri ujian bukan untuk mengazab kita, tetapi untuk menguji tahap keimanan kita. Assobru minal iman. Bersabarlah sekiranya ada ujian yang datang. 

Alhamdulillah, ana bersyukur sangat kerana ana dipertemukan dengan rakan-rakan yang faham dengan sikap ana. Ditambah lagi dengan rakan-rakan sepraktikum ana. Kehadiran mereka sungguh membingitkan suasana praktikum, malahan kuliah. 

Kelas ana, K2P2. Ana pelajar Sains Modul 3.
Classmate ana
 Gambar di atas ada 4 orang lelaki. Biasalah. Dalam Modul 3, lelaki memang sikit sebab basic subject untuk modul ni adalah Biology. Faham lah kan, payah nak jumpa lelaki yang suka menghafal. Kebiasaannya lelaki banyak di Modul 2 iaitu Modul Fizik. 

Sekarang ana tengah menunggu keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) dan Malaysian University English Test (MUET). Doakan ana ye. 

0 comments: