January 28, 2013

Smile

63113_4024955867860_720270078_n_large 
 Assalamualaikum semua. 

Dah lama aku tinggal blog ni. Memang berniat nak update lama dah, tapi disebabkan kesuntukan masa yang agak melampau tatkala menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar matrikulasi, maka hari ni baru aku dapat update. 

Seperti yang kita sedia maklum, hidup ini kadang-kala berada di atas dan kadang-kala di bawah. Hidup bagaikan roda. Banyak dugaan dan ujian yang perlu kita tempuhi dalam kehidupan harian. Dan mestilah, bila terima sahaja ujian, maka perasaan turut hadir menyelubungi kalbu. Problem is directly proportional to feeling. 

Mungkin ada orang yang mampu suarakan kepada orang lain tentang masalah yang dihadapi, dan mungkin juga ada yang suka untuk memendam masalah itu. 

Namun, amatlah hebat seseorang itu apabila menghadapi masalah, dia masih mampu tersenyum dan mengabaikan segala masalah yang dihadapinya untuk sementara kerana baginya, hanya Allah sahaja yang mampu menghilangkan segala keperitan yang dihadapi. 

  يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك
Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati-hati kami di atas agama-Mu.
 
 Jangan menyumpah seranah dengan ujian atau masalah yang dihadapi, kerana Allah menghantarkannya bukanlah untuk menyeksa, tetapi untuk mendidik kita ke arah yang lebih baik di samping mematangkan diri untuk kehidupan di masa hadapan. Wallahualam.

SENYUM dan TAK PERLU KATA APA-APA :)

0 comments: