May 08, 2013

Anna Kendrick - Cups (Pitch Perfect's "When I'm Gone")

Tak tahu pulak lagu Cups "When I'm Gone" dari filem Pitch Perfect ni mendapat sambutan. Mungkin sebab Anna Kendrick buat aksi ala-ala cup stacking.

May 07, 2013

The Mystery of Me

Tak tahu kenapa. Lepas balik dari Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, aku makin minat untuk menonton cerita-cerita seram suam-suam kuku. Dah kenapa?



Semasa minggu-minggu akhir di KMPP, aku masih ada masa untuk menonton anime seram yang tak berapa nak seram dengan rakan sebilik dan jiran-jiran bilik. High School of the Dead, anime yang kami tonton, pasal zombie. Anime ni tak berapa sesuai untuk yang di bawah 18 tahun disebabkan gaya penyampaiannya yang agak 18SX.



Kemudian, di rumah, aku menghabiskan masa dengan menonton anime Beelzebub. Cerita ni best bukan kerana keseramannya, tetapi disebabkan tumbuk-menumbuk dan bergaduh.



Tidak dilupakan juga dengan Twilight sequel. Tak tahu pula filem-filem Twilight ni best. Kawan aku pun dah pelik dengan perangai aku kebelakangan ni. Dan berikut adalah adegan yang aku paling minat. See?Jangan tanya kenapa. Mungkin hanya ingin mengisi masa lapang yang belum dipenuhi dengan latihan memandu kereta dan kerja, rasanya.

May 06, 2013

The Tale of Us

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!


Sudah seminggu aku tamatkan sesi pengajian dalam program matrikulasi di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Alhamdulillah. Seminggu lebih telah dihabiskan, mengharungi Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) bagi semester 2 sesi 2012/2013.

Orang cakap A Picture Describes A Thousand Words. Jadi, sebagai pengubat kasih dan rindu terhadap sahabat-sahabat, pensyarah-pensyarah serta suasana di KMPP, apa yang aku mampu hanyalah dengan melakukan sesi fotografi. Sudah menjadi lumrah alam, setiap pertemuan ada perpisahan. Sama juga kehidupan. Apabila tiba masanya, roh akan berpisah dari jasadnya di dunia. 

Aku bukanlah photogenic ke apa, tetapi aku menjadikan gambar sebagai medium penyatuan ikatan ukhuwah yang telah dibina. Orang cakap bukan mudah untuk membina perhubungan, tetapi mudah untuk meleraikannya. Diharapkan persahabatan kita berkekalan.















It just like we creating another new fairy tale but our tale does not the same as Grimm's Fairy Tale, Hans Christian Andersen or Charles Perrault. This tale is totally all about us, how we survived our life in KMPP, sharing the sweetness of smile and bitterness of salty cry. This is us.