May 07, 2013

The Mystery of Me

Tak tahu kenapa. Lepas balik dari Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, aku makin minat untuk menonton cerita-cerita seram suam-suam kuku. Dah kenapa?



Semasa minggu-minggu akhir di KMPP, aku masih ada masa untuk menonton anime seram yang tak berapa nak seram dengan rakan sebilik dan jiran-jiran bilik. High School of the Dead, anime yang kami tonton, pasal zombie. Anime ni tak berapa sesuai untuk yang di bawah 18 tahun disebabkan gaya penyampaiannya yang agak 18SX.



Kemudian, di rumah, aku menghabiskan masa dengan menonton anime Beelzebub. Cerita ni best bukan kerana keseramannya, tetapi disebabkan tumbuk-menumbuk dan bergaduh.



Tidak dilupakan juga dengan Twilight sequel. Tak tahu pula filem-filem Twilight ni best. Kawan aku pun dah pelik dengan perangai aku kebelakangan ni. Dan berikut adalah adegan yang aku paling minat. See?Jangan tanya kenapa. Mungkin hanya ingin mengisi masa lapang yang belum dipenuhi dengan latihan memandu kereta dan kerja, rasanya.

0 comments: